Sunday, August 16, 2009

Kursus Intensif Perubatan Islam

Salam buat semua..
Alhamdulillah, terlaksana jua apa yang dirancangkan setelah sekian lama.
Pada 15 hingga 16 Ogos 2009 bertempat di BORNEO GOLF HOTEL di Bongawan telah berlansung Kursus Intensif Perubatan Islam bersama Ustaz Dato' Ismail bun Kamus.

Abi bersama Dato' Ismail Kamus
Kursus ini dirasmikan oleh Haji Khairan b Untoh (PENGERUSI YAYASAN AMAL CAWANGAN SABAH)
Dato' menerima cendera kenangan daripada Pengerusi Yayasan Amal
Peserta seramai 28 orang yang terdiri daripada pelbagai sektor, ada yang guru, doktor, pelajar dan bekerja sendiri.
Siapa dia????
termasuklah umi dan abi yang menyertai kursus ini

Umi bersama 3 muslimat sahaja dan yang lain semuanya peserta lelaki

ini ibu2 taman inti subur..
Kehadiran kami dan peserta yang lain ke sana adalah untuk menuntut ilmu yang mana jarang2 diperolehi secara langsung.
Jadi.... apa jua ilmu yang diperolehi kat sana tak lain tak bukan untuk perkara lain tetapi adalah untuk keperluan diri sendiri, keluarga dan untuk masyarakat umumnya yang memerlukan.
Insya Allah
Kerana kita sedia maklum bahawa bidang ini merupakan salah daripada satu cabangfardhu kifayah di kalangan umat Islam

Dari kiri : Ustaz Zizi, Ust Ruslimi, Dato' Ismail Kamus, Ustaz Zamri dan Ustaz Maraslan
Peserta Kursus Intensif Perubatan Islam Beaufort 2009
abi bersama ustaz Zizi dan Dato' Ismail Kamus
sewaktu makan tengahari di Borneo Golf
ada juga sedikit jualan buku, kismis dan tamar
wajah Dato' Ismail Kamus
Apa yang penting.... dalam nak menguasai sebarang ilmu perlu kepada minat dan kesungguhan, barulah mudah untuk menguasai ilmu itu..

Insya Allah...ilmu yang diperolehi akan umi dan abi gunakan untuk meningkatkan pengetahuan terhadap diri, keluarga dan masyarakat ke arah yang lebih sempurna.
INSYA ALLAH

No comments: