Saturday, August 15, 2009

Doa Untuk Menghindari Penyakit Merebak : H1N1

Salam semua...
Dalam kita mengambil langkah berjaga2 mencegah penyakit berjangkit (H1N1) dengan mengamalkan sepenuhnya peraturan dan pengamalan kesihatan, jangan lupa kita berdoa memohon kehadrat Allah agar dijauhkan dari wabak ini.

 
Ini kerana Allah menjelaskan bahawa "tidak Aku turunkan penyakit ini bersama ubatnya sekali" . Fahamilah hakikatnya bahawa setiap apa yang Allah turunkan penyakit  kepada kita sebenarnya ada ubat penyembuhan, mungkin untuk kali ini ianya belum dijumpai sepenuhnya, yakin lah ianya ada. Sama2lah kita berdoa agar seluruh manusia khususnya umat Islam dilindungi Allah daripada wabak dan ujian ini..Insya Allah.
Doa yang perlu kita amalkan ketika ini ialah :
Selain itu terdapat doa2 yang lain.
عن عثمان بن عفان رضي الله عنه قال: قالَ رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم:مَا مِنْ عَبْدٍ يَقُولُ في
ثَلاَثَ مَرّاتٍ إلَّا لم يضُرّهُ شَيْءٌ“.صَبَاحِ كُلّ يَوْمٍ وَمَسَاءِ كُلّ لَيْلَةٍ:
 
بِسْمِ الله الّذِي لا يَضُرّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرْضِ وَلا في السّمَاءِ وَهُوَ السّمِيعُ العَلِيمُ،
Diriwayatkan daripada Saidana Osman b Affan yang telah menceritakan bahawa Rasulullah ada bersabda,
“Tidak ada suatu yang akan memberi mudarat hamba yang berkata kalimah ini tiga kali pada setiap pagi dan petang”.
بِسْمِ الله الّذِي لا يَضُرّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرْضِ وَلا في السّمَاءِ وَهُوَ السّمِيعُ العَلِيمُ،
Dibaca tiga kali
Ertinya: Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat serta namaNya oleh sesuatu dibumi dan di langit dan Dia lah tuhan yang amat mendengar lagi amat mengetahui.
MOGA2 ALLAH MAKBULKAN DOA KITA..AMIN

No comments: