Saturday, October 10, 2009

Anak2 ku beraya..

Salam dan selamat sejahtera buat semua.
Nampaknya syawal kian kepenghujung.... umi tak sempat nak postkan cerita ceritik aksi2 kami anak beranak menyambut syawal kat perantauan. Maklum saja, semua perkara kena buat sendiri. kalau tak ...alamatnya tak beraya lah kami..
Kesempatan ini kami anak beranak kat sni nak ucapkan sekali lagi "SELAMAT HARI RAYA...Maaf zahir batin" buat semua terutamanya ahli keluarga kami sebelah nenek mak dan sebelah arwah nenek mek kat Besut.
Buat teman2 umi dan abi, dimana kalian berada ...kami tetap jua ingat. Memori brsama suatu ketika dulu masih kukuh terpahat disanubari.
walaupun abi skit mata tapi tetap raikan raya

di ajak posing tapi nangis pulak baby amsyar ni

kakak dan abang bersama teman sepermainan
ayunya kakak anis

permata hati umi abi menyambut raya
anis dan syauqi




Ucapan Buat Bonda Sharifah


Salam...
Rasa kesyukuran pada Allah SWT kerana masih diberikan ruang untuk bernafas dan bisa meneruskan sisa2 kehidupan yang masih panjang.
Banyak lagi perkara yang perlu dipelajari dan diprktikkan dalam kehidupan.
Yang pasti menuntut ilmu tiada noktahnya dalam hidup insan.
Tatkala ini ku teringat akan ibuku yang nun jauh daripada pandangan mata. Keseorangan tanpa teman suka duka
yang telah kembali ke rahmatullah sejak 3 tahun yang lalu.

APA YANG PASTI........
Hari ini merupakan hari lahir bonda yang ke 71
(10/10/1938).

"Selamat Hari Lahir ...wahai bondaku sayang"
SHARIFAH BT SULAIMAN


Terima Kasih mak...kerana dengan izin-Nya kau telah mengandungkan, melahirkan, menyusukan, menjaga ku dengan penuh kasih dan sayang
sehingga aku mampu hidup berdikari dan membina keluarga sendiri.
Segala usahamu tak mampu kubalas dengan wang ringgit.
Hanya ku panjatkan doa padaNya
agar dikau beroleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

"Ya Allah, berikan ruang usia kepada bondaku
dalam menghabiskan sisa hidupnya berlandaskan ajaranMu ya Allah.
Tabahkan hatinya.
Ampunkan segala dosa2nya nan lalu
Bukakan lembaran baru untuknya
Gembirakan hatinya yang kesunyian dengan ilmu2 yang berguna.
Lindungilah dia daripada sebarang marabahaya dan kesulitan.
Permudahkan segala urusannya daripada sekecil2 sehingga sebesar2 perkara."

Bonda...
walau di mana diri ini berada ...
ku akan tetap ingat padamu kerana
kaulah satu2nya insan keramat yang bertakhta dihatiku sampai akhirnya.


Lagu Buat Ibu Tersayang

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu
-sumber-

Friday, October 9, 2009

Pengubat Rindu



salam semua...
semoga sihat, raya nan lalu..su (panggilan umi kat kg) tak berkesempatan merayakan aidilfitri bersama2 kuaga dibesut...soooo...dalam tak balik tu memang tersa
ngat2 rindu dengan family terutama mak bonda tersayang.
Jadik su bagitau kat anak buah yang duk sambung master kat Sarawak suh sendkan gambar raya kat baru2 ni. sekurang2nya menjadi pengubat rindu pada mereka. 
Buat mak....jangan bimbang dan sedih, sabar yer. su dan kuaga nanti akan pulang bercuti kat sana...tinggal lbih kurang sebulan aje. Insya Allah kita sambut hari raya korban sama2.
okey layan gambar kuaga umi kat kampung beraya tahun ni.. huuu...huu... gambar kami tak dek pulak.



wah..dato' dan datin pun ada g beraya kat teratak kami


dari kiri : zai, mok mah sama balqis, along tiqah, hajar, sitinor, mok long, yanie,
nenek mak dan zuha


kekanda Leh dan Matt (baju putih)


bonda tercinta : Sharifah Sulaiman



keluarga Sungai Buluh : sarah, qossim, ayh Ngah, rahmat, ajai
halimatun, nenek, luqman and siti aisyah
mana chik Ngah??????????



yani (anak mak long) dan nenek



keluarga kak mah : along tiqah and naim
hazim, bapak Asri, nenek, mama zaimah,balqis n firdaus



keluarga Abg usop
abg usop, kak ain
nenek bersama natasya dan hakeem



cucu serta cicit nenek : idie, zikri, yann n humayra



keluarga Mak long
berdiri kiri : bang Ju, zuha, sitinor, yanie, yann, humayra, idie, zikri
depan : bonda bersama maklong fatimah dan menantunya akooop

OK ..ITU JER....dan gambar keluaga yang tiada kat sini ialah


#keluarga kami di Beaufort
#keluarga Ayah Chik (Gong Tengah)
#keluarga Che Do (Ketereh)
#keluarga Mok Yah (Tanjung Malim)
#keluarga Pak Min (Gong Lapang)


Cayang kalian...Moga hidup dalam berkatNya
Amin

Wednesday, October 7, 2009

selamat menduduki PMR

salam...



buat anak didik tersayang ...Tingkatan 3 SMK BEAUFORT, 
ustazah ucapkan selamat maju jaya dan menghadapi peperiksaan PMR dengan tenang dan jaya. 


Semoga anda semua berjaya. 


Bagi murid yang mengambil kertas PENDIDIKAN ISLAM ...buktikan anda boleh mengekalkan prestasi kecemerlangan diri anda, keluarga , sekolah dan Islam itu sendiri. 
Jawab dengan baik dan jangan lupa serahkan segala usaha anda kepada Allah. 
Dapatkan "A" dalam subjek ini
.....ANDA MAMPU LAKUKAN....


Insya Allah berjaya.

Thursday, October 1, 2009

Pertambahan usia diri

salam buat semua.
Alhamdulillah setelah sekian lama tidak mencoret sesuatu di blog yang serba kekurangan ini, jadi terasa ralat sedikit untuk memulakan kembali. Sebelum itu.. tak terlambat kiranya ucapan Selamat Hari Raya buat dihulurkan buat semua. Maaf zahir batin.

Insya Allah sedaya upaya akan trus mencoret selagi diizinkan-Nya. AMIN. Lebih2 lagi... memandangkan hari ini adalah hari yang paling bermakna buat insan yang dipanggil syida oleh suaminya, umi oleh permata hatinya, su oleh adik beradik dan kawan yang rapat, cik dah oleh saudara keluarga mertua, idah oleh kebanyakan rakan taulan/sejawat yang lain, "ustazah" oleh anak didiknya dan SHAIDAH ...itulah yang tertera dalam kad pengenalan diri dan nama itu jugalah yang didaftarkan ibunda 30 tahun yang lalu.
Namuun ...untuk menyenangkan keadaan dan memesrakan dengan pembaca blog yang lain, lebih senang diri ini dikenali dengan panggilan UMMI.

Tanggal 1 Oktober ....sama seperti setiap tahun sebelumnya umi meraikan tarikh ini....bermakna setiapkali itulah bertambahnya usia yang semesti dilalui dengan 1001 kegembiraan. Jangan kita berduka kerana usia makin bertambah. Tapi pertamanya perlu panjatkan pada yang Esa sepenuh rasa kesyukuran kerana detik dan tarikh ini masih diberikan Allah nafas serta boleh melaksanakan tuntutan yang difardukan kepada kita semua selaku umat Islam. Itu hakikatnya.

Jangan kita sibuk dengan memikirkan kek apa yang mahu ditempah kali ini?? kat mana nak sambutnya?? siapa yang nak dijemput?? serta bermacam lagi, bukan tidak boleh tetapi perlu ada kesederhanaan dan jangan tersangat memikirkan perkara itu. kena ingat...bila tiba tarikh ulangtahun kelahiran kita, itu menandakan kita juga perlu ingat akan saat kematian...ada yang betul2 tarikhnya, ada yang sebelum tarikhnya dan ada yang selepas tarikhnya. Walau bilapun masa itu, ia pasti akan tiba. Jadi sama2lah kita berusaha. Di samping itu juga perlu ada matlamat untuk dicapai. Sama2lah kita muhasabah diri ke arah yang lebih baik..

Bagi diri umi, insyaAllah , umi akan cuba sedaya upaya untuk menjadi insan yang terbaik di antara yang terbaik.
Terutamanya
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
isteri kepada sang arjuna tercinta Ruslimi,
umi kepada 3 permata hati (Adib, Anis n Amsyar),
sahabat kepada semua kenalan dan rakan taulan,
anak yang kasih demi bonda tercinta,
guru yang terbaik untuk anak didik walau dimana berada
dan sesekali tidak dilupakan untuk menjadi hamba ALLAH yang taat dalam melaksanakan perintah-Nya.

Buat Hubby tersayang...
Terima kasih atas ucapan sempena hari lahir syida.
Sayangilah diri ini seadanya dari dulu, kini dan selamanya.
Bimbingilah diri ini menjadi isteri yang solehah , taat padaNya dan jua pada mu wahai arjuna hatiku.
Tegurlah diri ini sekiranya ada melakukan kesilapan samaada secara sengaja atau tidak.

Untuk diriku sendiri : "SELAMAT HARI LAHIR"

Akhir sekali ......
umi panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana masih lagi diberikan peluang untuk meraikan ulangtahun kelahiran kali ini dengan nikmat kesihatan yang baik dan rukhsah yang diberikan Allah dalam melaksanakan sesuatu urusan. Semoga umi dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan berbahagia dengan penghidupan yang ada sekarang, akan datang dan selamanya sebelum kembali pulang kepangkuan-Nya. Serta moga2 Allah memberkati apa jua perkara yang dilakukan.

"Ya Allah kekalkan semua perkara ini kerana semuanya adalah diluar kemampuan diriku sebagai hamba Allah yang kerdil lagi hina,
Ya Allah Kau suburkan dalam diriku kecintaan kepada-Mu dan kegembiraan dalam melaksanakan apa jua perintahMu"
AMIN