Thursday, September 22, 2011

Yes..Alhamdulillah berjaya jua

Salam dan slamat petang semua..
Syawal sudah menghampiri penghujung pun. Mggu depan lagi seminggu. Jadi sesiapa yang mahu merebut pahala puasa sunat 6 hari di bulan syawal masih ada peluang lagi.. ( ingatan untuk diri umi jugak). Moga Allah permudahkan. Amin.

Alhamdulillah... itu yang mampu umi lafazkan padaNya kerana memberi keizinan untuk menepis rasa takut, gerun dan tak yakin. Hari ni, TAHNIAH buat diriku sendiri kerna berjaya juga umi pandu waja SB 5556A pergi kat sekolah. Walaupun ralat2 yang tak terkata, namun jua di atasi. Ucapan terima kasih buat peneman yang setia, Cik Jue dan Puan Nik. Cik Jue selaku pemudah cara dan Puan Nik sebagai pemerhati.Umi pemandu yang baru ngaji smula..he..he

Ingat lagi sepanjang En Suami ajar umi pandu kereta, macam2 dia pesan :
  • mula2 tali pinggang keledar ti wajib pakai..
  • kena ada over confident..buang sifat penakut..( org lain kecik lagi pada umi boleh blana bawak ketto)
  • jangan masuk laluan orang
  • jangan duk slow sangat pandu tu.. nanti kena marah kat ore blakang
  • bagi signal tiap kali nak masuk simpang....orang tahu kita nak kemana
  • nak masuk cabang tengok kenderaan arah depan ado ko dok.
  • kaki tu jaga sokmo, jangan duk tekan minyak kalu tak perlu.
  • kaki kena stanby kat brek
  • slow2 jah.. jangan ikut tekan
  • kena perhati cermin sisi kanan dan kiri serta cermin atas.
  • satu lagi... kawalan stereng mesti cekap
ha..ha.. banyak betul pesan an suami. Apa taknya risau jugak ratu dia buat masalah kat jalanan dan tepuh kok sir. ni kira ok la.. 10 tahun tak pegang stereng kat jalan, tak sampai sebulan beranikan diri bawak kat jalan besar yang ada 1001 macam perkara.. yang penting umi ingatka diri umi, hati2.

Maaf yer..bukan umi nak bangga dengan perkara ni (tak baik).. tapi nak bagi semangat dan keyakinan pada diri sendiri. Moga lebih berani. Sebab sekarang dah jadi satu keperluan. Sekarang ni ok la, en suami sihat lagi, nak ke mana2 ada ja yang hantar. kerjaan jadi mam kat belakang.. tapi bila dah terantuk baru tahu kepentingan dia. Lepas ni , umi tak lagi ikut Pakcik J, ingat kan tetap dan berpencen umi ikut kereta tambang. apa pun trima kasih pcik jamal atas khidmat anda...
Umi habiskan tumpang dengan pakcik J untuk bulan sept ni. Lagi pun ada 1 minggu jer lagi. kalu umi tak nekad gni, waja ni duk jadi besi buruk ja depan rumah. cz En suami dah dapat kekasih baru.. Land 2 toyota.

Agak2... ader ker orang yang macam umi... kalau ada tu kita senasib la...
Ok. sampai sni jer

Saturday, September 17, 2011

Sepupu kami

salam buat semua. alhamdlah hari ni bru ada ksmpatan umi nak coret2 kat blog kita. slama ni byk umi duk kasi baikkan laman blog aje. ni nak bg tahu ttg anak buah umi merangkap sepupu kepada anak2 berEMPAT. kalu gtu ramai gak cucu arwah tok chik kadir dan nenek sharifah.kami panggil nenek mak. krg lbh dalam 30 org kot.
kat sni umi mulakan dari sepupu yang paling tua sehinggalah yg paling muda.

[1] ZUBAIDAH BT ISMAIL
[2] MOHD ZUNAIDI B ISMAIL
[3] MOHD ZOLFAIZU B ISMAL
[4] SITI NOR ZURAWATI BT ISMAIL
[5] QASSIM B MOHD
[6] RAHMAT B MOHD
[7] ZAINAB BT MOHD
[8] SITI ZURIANI BT ISMAIL
[9] SITI AISYAH BT MOHD
[10] SITI ZUHAIRAH BT ISMAIL
[11] NOOR ASYIKIN BT ALWI
[12] SITI KHADIJAH BT MOHD
[13] SITI AMIRA BT MOHMAD
[14] HALIMATUN SAADIAH MOHMAD
[15] MOHD ASRI ALWI
[16] MOHD AYUB MOHMAD
[17] MOHD AIMAN ALWI
[18] MAISARAH MOHD
[19] MOHD HAFIZUDIN ALWI
[20] NOR ATIKAH MOHD ASRI
[21] MOHD ILMAN HAKEEM M YUSOF
[22] MOHD NAIM NAJMI MOHD ASRI
[23] LUQMANUL HAKIM MOHD
[24] NORHAFIZA MIN
[25] SITI HAJAR MOHMAD
[26] NOR SYAHIRAH MIN
[27] MOHD ARIF  ALWI
[28] MOHD FIRDAUS MOHD ASRI
[29] ABDUL RAHMAN MOHMAD
[30] NOR SAADAH ALWI
[31] MOHD KHAIRIL HAZIM MOHD ASRI
[32] NOR HUSNA BALQIS MOHD ASRI
[33] MOHD ZAKWAN YUSOF

List anak sepupu..
1) ALIF IKHWAN YUSOF
2) ALYA 'IZZATI YUSOF
3) ALYA MAISARAH YUSOF
4) MOHD ZIKRIL HAYAT MOHD ZUNAIDI
5) ADAM ADHAM YUSOF
6) AZIB IRFAN YUSOF
7) NOR ZALIKHA HUMAYRA MOHD ZUNAIDI
8) AMALIA BALQIS YUSOF

OK.. jumpa lagi

Friday, September 16, 2011

Belajar memandu semula

Salam buat semua.. apa khabar..harap sejahtera hendaknya.. Lama sudah umi tak update blog ni.. mungkin dah setengah tahun....bukan tak mau atau tak suka. tapi tak dan nak duk depan laptop lama2. ada jer tugasan nak di buat. tapi tak pa..umi cuba postkan crita terkini.. he..he.. actually umi sekarang ni baru pulak berjinak2 blajar pandu kreta semula..emmm.emm. kalu tak silap hampir 10 tahun lesen memandu duk bertapok kat dalam doMpet.."" kesian dia".
Jadi, kali ni umi nekad nak belajar semula. bila pikir2 10 tahun berlalu begitu jer...rugi dan sesal pun ada. Peluang tak di gunakan sepenuhnya.

waja yang setia.. moga dpermudahkan umi memandu

Hari ni 17 Sept 2011, baru kali ke 3 umi pegang stereng, abi yang jadi gurunya.. balik2 kena marah..apa taknya kawal stereng tak cekap pastu . kaku aja..hu..hu..pagi tadi kami pi round taman fohsang.. abi kata ok ..ada peningkatan. perasaan tak yakin tu ada lagi dalam diri..
Tapi tak pa bi, umi kan cuba sedaya mungkin suh mahir smula... bila tak tau la nak bawa waja ni kat sek..mungkin slum habis sek tahun ni, misi umi pandu kereta ke sek berjaya.. doakanlah ya..

ok..jumpa lagi
Salam Hari Malaysia.

Tuesday, July 5, 2011

Bekalan di rumah tiangnya dua

Anak2 ku sekalian 
lama sudah umi tak coret apa2 di blog yang semakin lama semakin bersawang ini. kali ni kita kongsikan pasal amalan yang akan kita tuai nanti DI SANA........walaupun pahit sekarang tapi hasilnya nanti amat manis sekali. Perkara ini akan kita bawa bila balik ke rumah "tiangnya dua"

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
Ada tiga perkara amalan manusia yang tidak pernah putusnya mendapat pahala disisi Allah, 
AMAL-JARIAH: Amal Jariah ertinya pekerjaan yang baik umpamanya dia menyumbangkan tenaga atau harta atau fikiran kepada masyarakat untuk pembaikan atau pembiayaan untuk masjid, musolla, madrasah, rumah sakit dan sebagainya maka selagi masjid masih digunakan beribadat, musolla dan madrasah dipakai orang, maka selama itu pula orang tadi mendapat pahala di sisi Tuhan.
Tapi kebanyakan orang berfaham amal jariah itu hanya untuk agama sahaja padahal untuk umum pun termasuk amal jariah juga. Misalnya: Sebuah Jalan atau jambatan yang umum diguna kerosakan, kemudian secara bergotong-royong masyarakat setempat beramai-ramai memperbaiki itupun termasuk amal jariah.
Orang awam berpendapat yang dikatakan amal soleh adalah cuma solat dan puasa saja padahal bukan yang demikian. Yang dimaksudkan dengan kata "amal soleh" adalah perbuatan yang baik, baik dalam pandangan mata umum dan juga pandangan agama. Maka tandanya orang beriman, ialah yang suka melakukan amal kebajikan.
ANAK YANG SOLEH (ANAK YANG BAIK): Sudah jelas jika orang ingin mempunyai anak yang soleh, tidak mudah diperolehi begitu saja. Maka yang pertama wajib atas org tua mengajar anak dengan pendidikan agama. Selain menghantar anaknya ke sekolah umum dan sekolah agama, orang tua juga harus memberi contoh yang baik kepada anaknya dengan melaksanakan perintah agama. InsyaAllah anak itu akan mencontohi orang tuanya.
ILMU YANG DIAJARKAN KEPADA ORANG LAIN: Adapun yang dimaksudkan dengan ilmu adalah bukan ilmu agama sahaja. Ilmu itu adalah umum, ilmu ertinya adalah "Pengetahuan". Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. : "Sempurnanya agama dengan ilmu, sempurnanya dunia juga dengan ilmu."
Jadi tegaslah ilmu apa saja yg telah diajarkan kepada orang lain dan orang lain itu mendapat manfaat dari ilmu tersebut, maka org pertama yang mengajarkannya jika dia seorang muslim dia mendapat pahala yg tidak habis disisi Allah s.a.w.
Misalnya org pandai membetulkan radio rosak kemudian kepandaiannya diajarkan pada orang lain, lalu orang itu mendapat manfaat daripadanya yang disunatkan untuk mencari nafkah, maka orang yang mengajarkannya mendapat pahala "jariyah" dari sisi Allah s.w.t.
Semoga apa yang kita buat diberkati Allah sentiasa.