Friday, July 31, 2009

Ayahanda tersayang...

salam buat semua...
sambil2 duk belek album lama2...umi terjumpa satu gambar yang membawa ingatan umi pada arwah ayah yang umi dan adik beradik bahasakan dgn panggilan Chik.  dan inilah satu2nya gambar terakhir yang sempat umi ambil masa hari raya tahun 2005 bersama arwah.
Almarhum Haji Kadir b Ahmad
(1931-2006)
arwah chik dengan satu2nya mak saudara dia, kami panggil TOK DOR
Kini dia tiada lagi, yang tinggal hanyalah kenangan yang terindah dengan arwah chik.
dan tahun ni genap 3 tahun kembalinya Chik ke rahmatullah. tanggal 22/1/2006 pada tghari hari ahad, chik menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah sekian sakit tua. umi doakan agar rohnya di tempatkan bersama2 dengan mereka yang beriman. amin....
 jadi pembaca blog umi sekalian, sama2lah kita sedekahkan al-Fatihah buat beliau. AL-FATIHAH.
inilah wajah yang sentiasa kekal diingatan, dan banyak menbantu umi menjadi insan yang tabah dalam mengharungi kehidupan yang penuh pancaroba.. terutama dalam meniti alam rumahtangga.. anak2 umi pun belum lama dapat bermesra dan kenal dengan arwah tokchik mereka. abg hanya 2 tahun dan kakak hanya lbh kurang 4 bulan saja . malah baby tak kenal langsung. nantilah umi ceritakan perihal tok chik dan tunjukkan gambar ni pada dia nanti..


ya Allah tempatkannya di tempat yang mulia
tempat di mana Kau janjikan kebahagiaan buatnya
Amin..

Wednesday, July 29, 2009

Mukhayyam Bahasa Arab

Salam buat semua..
alhamdulillah nampaknya umi memperolehi ruang yang selesa kali ini, setelah beberapa hari tertunda. Jadi kali ni umi mencoretkan serba sedikit tentang mukhayyam yang umi sertai bersama murid2 Bhs Arab tkn 3 , ianya di bawah anjuran Panitia Bahasa Arab yang dipengerusikan oleh ustz Salwaniah dan disertai bersama2 ustaz dan ustazah yang lain. moga2 coretan ini dapt dikongsikan bersama mereka yang mengikuti blog umi ini.
ANTARA FASILITATOR YANG TERLIBAT  :
Ustaz Shaiful Amri Musa
Ustazah Salwaniah Yusof
Ustazah Norhaidahwati Ramli
Ustazah Ramlah Asin
Ustazah Che Nor Azliza Che Othman
Ustazah Shaidah Kadir
Cikgu Azizul
Cikgu Md Nazri
HARI PERTAMA- Jumaat (24/7/2009)
Pada hari tu, umi pulang umah tengahari spt biasa, siapkan makan tengahari untuk kita sekuarga. mujur semalam umi dah masak lebih jadi x yah susah2 masak. cma panaskan ajer..ptg tu, memang umi nak bawak anak2 g sek . makcik ngasuh budak2 datang bsok aje. so, bila umii bagi tau abg dn kakak, wah..teruja mereka mau ikut sampai x sabar2 trus nak pegi.then, bila siap uruskan semua termasuk mandikan baby, abi antar kami kat sekolah cz abi kna g msjid ptg tu ada janji dengan orang untuk rawatan.
sesampai kat sek, abi tiinggalkan kami kat dewan makan asrama cz program ni berlangsung d sni. wahhh....rupanya dah ramai murid datang...oh..ya camping ni sama2 dgn camping unit beruniform. bezanya mereka berkhemah kat padang sekolah dan bhs arab kat asrama. tapi x pelah janji atas nama camping. trus umi nampak ustz haidah duk uruskan pendaftaran budak2 mukhayyam. umi g pun nak cz tunjukkan kita turut beri sokongan thdp aktvti mcm ni. hari ni umi x dapt wat ape, just melayan geng 3A dgn karenah macam2. suka la mrk sekali sekala kna bawa umi mai sek.. sambil2 tunggu ust azamudin dtg, umi tengok puak2 camping kat padang duk sibuk dirikan khemah. nampak mcm best pulak. teringat ms camping kat sek umi dulu d SMKA Nurul Ittifaq. dengan kwan2 sama2 tidur dalam khemah. x kisah walau kna gigit sang nyamuk.janji dpt camping.
first day ni, umi tlupa nak bwa camera, jd x dpt candidkan gambar budak2 camping, x pelah... duk kat dewan sambil dgr ceramah teknik menjawab oleh ustaz azamudin,babyy mula rimas2. biasalah dia nak susu la nak nangis pun ada. maklumlah geng 3A ni jarang umi bwa mai sek. cma sekali sekala datang, jadi umi keluar n masuk n kluar dwan nak pujuk si baby ni agar tak nangis. malu puak kat penceramah ...pulak dah abg dan kakak lari2 an kat dataran yang mana ptg tu agak panas jgak .ah biarin mrk. bukan slalu pun..
......... tup2  x sdar rupanya dah msuk waktu asar.. jd umi bwak geng 3A g surau untuk umi tunaikan kewajipan pada-NYA.
 pulak dah... sesampai kat sana , baby pulak ndak mau org ambil apatah lagi dukung dia...susah maaaa. umi pun angkat dia dan letak kat paip amik wudhuk sambil umi berwuduk...nah..berdiri dia skjp kat stu..alkisahnya baby umi sorang ni memang payah orang lain nak ambil dia kalau bukan dgn abi atau umi, ndak tau nape la. beza sgt masa abg n kakak kecik dulu. ngan sapa2 pun mereka mahu di dukung... rupanya bila umi naik atas surau, alhamdlah murid2 yang memahami kewajipan duk khusyuk tunaikan solat dan d situ ada isteri ust rupanya...apa nama dia erk....ooo kak lin. dia dtg sama 2 ustaz dari k.k dan bawa 2 nak kecil. sorang sebaya kakak dan baby umur 3 bulan. umi pun baru hari tu kenal ngan kak lin pun ,dia orang johor. duk dan ngajar d k.k dah masuk 8 tahun pun.
after umi solat asar trus sms tanyakan kut2 dia dah settle urusan kat masjid..... bila umi kuar dari surau abi dah ada rupanya.. apa lagi budak2 ni yang dari tadi gelisah trus ikut abi naik kreta. dan umi pergi jumpa kak wani nak bgtau mau pulang dulu... besok datang lagi.. kalu ikutkan umi kna bmalam kat sek, tapi mandangkan payah dgn anak2 terutama baby amsyar, umi tolak untuk stay dan cuba untuk datang pada siang hari sehinggalah hari terakhir nanti.
malam tu, umi siapkan tugasan umi untuk mukhayyam hari besok iaitu "slot : permainan bahasa". rupa2nya bukan mudah nak buat benda ni. lbh2 lagi banyak istilah2 arab yang umi sendiri lupa cz dari dulu sampai skrg x banyak guna dlm khidupan sehari2. dulu stakat blajar aje.. alhamdulillah siap jugak .. besok ah fikir mcamana nak letakkan sampul2 untuk slot ni.. ok kta tdur dulu...

HARI KEDUA- Sabtu (25/7/2009)
awal pagi umi settlekan kerja2 harian spt basuh pinggan mangkuk, iron baju dan kemas rumah. sementara anak2 bangun tidur lagi senang umi buat kerja tanpa gangguan. jadi..bila pngasuh budak2 ni sampai, umi siapkan diri sementara tunggu abi hantarkan umi ke sek. kali ni geng 3A umi x bwak cz umi kna uruskan slot umi yang tak settle lagi... jadi bila sampai kat sek, umi terus sarapan bersama fasi2 yang lain, budak2 mukhayyam baru selesai senaman pagi.
Apabila slot pagi bersama Ustaz Shaiful bermula, jadi umi stat misi umi dibantu oleh cg Azizul untuk settle kan slot permainan bahasa.  sampul2 yang umi buat semalam kat rumah kna letakkan di tempat2 yang sesuai untuk murid2 cari pada jam 3petang.
apalagi ....ke sana ke marilah umi dgn cg zizul  mencari tpt yang yang di cadangkan untuk sorokkan sampul tersebut. dalam sampul tu ada arahan dan beberapa kad bergambar dan kad 2 warna untuk mereka sesuaikan dengan arahan bila sampul itu dijumpai.  hee...hee senang je.
yang banyak menyorokkan sampul nyer bukan umi tapi cg azizul, nasib baik ye tolong, kalu tak, terkial2 jugak umi buat sorang2 yang mana sblum ni lum pernah buat. jadi amanh yang diberi kna buat dengan baik. jadi temptnya sekitar kawasan sekolah jerr spt dataran perhimpunan, depan pej sek, dpan bilik guru, taman sekolah, pondok sri menanti, tangga sek, bengkel Kh, makmal sains, papan kenyataan, pemadan api dan juga kat kantin.... fuh!!! penat jugak pegi mari ke sana sini. tapi x per.. mujur ade pembantu yang bagus. sebenarnya sronok jugak..ingat time2 sek dulu..
dalam jam 10pg, kerja menyorokkan smpul tamat dan kudapan pagi kat dwan asrama. selepas tu, umi  g dewan asrama dan minta izin kak wani nak turun kat padang tengok ahli2 PPIM bercamping kat sana. masa tu mereka semua sibuk prepare bahan2 untuk pertandingan masakan tradisi. wahhhh.... lumayan jugak persediaan mereka. macam2 yang nak d masaknya. antaranya... kerabu mangga, gulai nangka dengan ikan kering, ada jugak pucuk midin dll. umi g jong kelih jerr. mereka yang ada kat siti semuanya lincah2 blaka dan sat jer dah byak yang dpt di sediakn. tahniah pada korang. terutama Chef Suryana yang banyak tunjuk ajar..
.pastu umi naik smula kat dewan danbantu mana2 yang patut slot LDK kelolaan ustazah Wani . pukul 12 lebih peserta2 mukhayyam berenti makan tengahari. kami bersama2 fasi lain makan tghari.
tengahari tu umi x pulang umah, singgah kat bilik warden asrama cg Salyateh untuk solat zohor.... lip lap..lip lap x dan nak rehat, umi dan ustz wani turun kat dewan nak prepare untuk slot mughamaratul lughawiyyah. kali ni umi yang jd mc untuk beri arahan dan taklimat berkenaan slot tadi.
macam ni  slot permainan bahasa..
Ada 4 pusingan
Pusingan 1,2 dan 4 perlu diselesaikan dalam dewan
Pusingan 3 perlu diselesaikan dluar dewan ( haaaa. p3 nilah yang umi duk sibuk nyorokkan sampul2 kad tadi pagi)
Bila kumpulan yang dapat selesaikan p1, mrk akan mara ke p2 dan seterusnya.
bagi p3, umi bagi mrk kata kunci kpd setiap kumpulan. kata kunci itu merujuk kepada warna kertas .
jadikkk....mereka kena cari sebanyak 5 sampul berdasarkan warna kertas yang n\mrk dapat pada awal permainan p3.
setiap sampul yang mereka jumpa ada soalan dan mrk kena selesaikan soalan tersebut. dalam sampul itu pula ada arahan untuk mereka mencari sampul yang seterusnya sehingga sampul ke 5. apabila menjumpai kelima2 sampul, perlu bawa kepada fasilitator untuk di sahkan dan menjawab soalan yang ada di atas sampul tersebut dengan betul.
kumpulan yang berjaya menyelesaikan kesemua soalan pada kelima2 sampul itu akan dapat mara ke pusingan akhir iaitu p4. pada p4 mereka di beri soalan teka silangkata dan selesaikan dalam dewan sahaja.  mana2 yang kump dapat settle kan p4 akan dikira pemenang. walaupun p3 mereka uncit.
senang jer kannn.
umi solat asar kat surau sekolah sementara setiap kumpulan duk selesaikan p4. tiba2 abi call suh umi pulang cz ada hal. jadi belum sempat umi tamatkan slot, umii minta izin kak wani pulang dulu..
abi amik umi dan kul 4.30 umi sampai umah. baru nenk ngasuh pulang umah.
jadi skali lagi umi wat keje x siap. sian pada kak wani. buat kak wani umi mintak maaf banyak2. harap2 faham lah yer..
insya Allah hari terakhir umi akan pegi untuk majlis penutup mukhayyam bersama anak2 umi.

HARI KETIGA-Ahad (26/7/2009)
umi upload gambar aje dulu, nanti kisahan tu kemudian...k
ni ragam setiap kumpulan yang buat persembahan pada hari akhir mukhayyam
kumpulan Zulfaqar
kumpulan hisyam
kumpulan arif akmal
kumpulan ainun
kumpulan hafiz

Jamuan Kelab Nasyid

salam buat semua...
hari ni merupakan hari gerko kali ke......???? umi lupa pulak. yang pasti kali ni giliran kelab dan persatuan yang buat aktiviti. jadi kelab nasyid adakan sedikit jamuan untuk ahli2 yang pernah libatkan diri dalam pertandingan ataupun persembahan nasyid. Antaranyamereka pernah mewakili sekolah ke :
  • pertandingan MTQ 2009
  • persembahan sempena MAKEP
  • pertandingan sempena sambutan Maulid Nabi
  • pertandingan SAJADAH
  • dan ada lagi sebenarnya.....
  • tahniah dan syabas buat mereka
Jamuan ni bertempat di Bengkel Landskap pada jam 2.00 petang,  majlis tersebut di hadiri oleh ahli kelab nasyid lelaki dan perempuan. Antara guru2 penasihat yang hadir ialah umi sendiri, ustazah che Nor Azliza dan cg Suryana. 
dari kiri : umi, ustz azliza dan cg suryana
Adik norazuwan ketuai bacaan doa dan kami semua jamu selera.. tak de apa yang spesel, cuma mee goreng dan sikit kueh serta air bandung yang emmmm kalu tengah dahaga tuu...air kosong pun jadi jugak...he.heee.apa pun syukurlah. dan memadai untk ahli kelab kami dapat makan free hari ni. jadik buat semua SELAMAT MENJAMU SELERA . jangan lupa mulakan dengan Bismillah....
tengok ni bukan ni bukan main riang budak2 cilik ni nak menjamu selera
heee..hee goreng pisang ni jerr yang umi sempat snap. yg lain habis kna makan
sukenya umaira..kat blakang tu macan afeydah..umi pun x cam kesemua mereka
ni si gadis pink. apa namanya yerk?  jumpa umi nanti kita edit semula.
antara penasyid lelaki yang dapat hadir . emm dari kiri norazuwan, husli, syafuan, shasiman n elmi
ha..ni lak malik dan kengkawan dia
apa2 pun umi ucapkan terima kasih kepada ustz azliza dan cg suryana yang banyak buat preparation ni..
mereka memang rajin. umi bantu gak... tolong makan. hi..hii
ok kta jumpa d lain post.
tata..

Monday, July 27, 2009

SELAMAT HARI LAHIR MAMA Zikri & Humayra

Salam buat semua. harap2 anda ceria sentiasa sepertimana teratai mekar bersama kiambang ini..


sambil2 umi menanda buku anak didik umi yang agak menimbun ni, bru teringat hari ni adalah hari lahir mama zikri dan myra. Mama YANN (28/7/09).

ini dia mama YAN .bonda zikr n myra

Dia ni anak sedara  ipar umi merangkap isteri zunaidi. dia panggil umi dengan panggilan Maksu. jadi anak2 mama yan panggil umi "TOK SU". alamak rasa macam dah tua pulak bila ada yang panggil kita toook.  tak pelah tu cma panggilan aje.. yang penting kita mesti buat diri kita sentiasa muda belia...haaa.haaa.
umi pun tak dapat lama nak bermesra dengan kuaga yann dan cucu sedara umi coz sekali sekala baru dapat jumpa.. maklumlah kuaga kita di sabah dan mereka kat kuala lumpur.. hujung tahun kalau ada rezeki baru dapat jumpa mata. jadi nasib baik ada laman maya ni.
umi harap ucapan birthday ni sampai kat dia.. hi..hii
okey la.. umi ucapkan

  • SELAMAT HARI LAHIR KE 30 (sama lak umur dengan umi)

  • SEMGA PANJANG UMUR DAN SIHAT SELALU... anak2 makin bertambah..jaga zikri n myra bebaik

  • SEMOGA DI MURAHKAN REZEKI

  • SEJAHTERA DAN SELAMAT DUNIA DAN AKHIRAT

  • JANGAN LUPAKAN KAMI SEMUA KAT SABAH

Sunday, July 26, 2009

Birthday Pak Long Kob

Salam...
 sebnarnya umi tak rancang nak n3 blog hari ni cz masih sibuk dengan Mukhayyam Bahasa Arab kat sek umi. tapi pagi ni saje bukak nak jengok2 blog, rupa2nya  ( 26/7/2009) besday abang ipar umi namanya Mat Ali , tapi udah biasa di panggil Yaakob. dia ni suami kepada kakak umi yang sulung iaitu Maklong Fatimah (orang panggil Mek ). secara tak langsung mereka adalah pak sedara dan mak sedara sulung geng 3A. sebenarnya paklong kob ni suami mek yang ke2, x silap umi udah nak masuk 9 tahun mereka kahwin. suami mek yang pertama arwah abg Ismail udah kembali kerahmatullah pada tahun 1989. jadi padanla kalu ada yang menggantikan sebagai peneman kala usia begini...

Buat paklong Kobbb.... umi dan kuarga kat sni ucapkan SELAMAT HARI LAHIR ...SEMOGA PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI...   nampaknya usia paklong dah 64 tahun rupanya.

dua dari kanan tu la pak long kob,
dari kiri : idie, mek timah, zuhairah, paklong dan bang ju]

kalu pandu motor tu hati2, ingat maklong kat belakang yea. pandu cermat jiwa solamat..
jaga kesihatan dan moga selamat dalam segalanya.... amin

Thursday, July 23, 2009

Lakaran wajah ABI

salam semua....
n3 umi kali ni nak tunjukkan wajah abi yang di lukiskan oleh murid senilukis SMK Gadong sempena sambutan hari guru sek abi pada bulan Mei yang lalu. hee..hee saje nak tunjuk..konon2nya kalu saper nak minta lukis wajah dia boleh lerrr. kurang2 dapat bantu mereka tambahkan pendapatan
...
nengok ni cantik tak??? nak tau wajah ni mendapat tempat pertama di antara wajah2 lain yang dilukis.. abi pun tak tahu kat mana gambar tu mereka ambil. tapi apa2 pun syukran ustaz ucapkan pada insan yang menghasilkan lukisan ini dan kalu di buat sendiri MEMANG x menjadi.. semoga terus berbakat sampai bila2 .dan mendapat rahmat Ilahi. amin

Tuesday, July 21, 2009

New "bojeng"

salam semua..

nak mengkisahkan anak umi , abang dan baby amsyar kna gunting rambut kat abi ..apa x nya udah panjang sampai cecah telinga...asyi2 abi buzy ajerrr...umi apa lagi bali2 ingatkan abi..jadi tanpa ragu2 abi amik mesin rambut dan cut2 le mana2 yang patut.. jadiknya kami berdua ada "bojeng " baru. jangan salah tafsir... bojeng tu kalu dialek besut erti dia fesyen atau rupa rambut la lbh kurang..


okeyla ..kami nak tunjuk wajah kami yang berbojeng baru ni...kakak jangan jeles lak ..ni hall anak laki2 umi dan abi jer...

MAKEP SMK Beaufort

Salam ceria,
alahai umi .............baru ada kesempatan nak post pasal majlis anugerah kecemerlangan prestasi sek umi.dah lepas pun tanggal 18 Julai 2009 majlis tu berlangsung. Tema kali ni "25 TAHUN smk BEAUFORT GEMILANG" dan selamat ulang tahun SMKB yang ke25 pada tahun ni.. moga trus maju jaya.

pertamanya, umi ucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang bertungkus lumus menjayakan majlis grand spti ni. solute la... bab 2 keje mcm ni. tak semua orang dpt buat terutama boss majlis En Azami dan krew2 dia. lagi pihak sekolah sendiri jugak.. berkat muafakat membawa berkat...btulkan!!!! umi cma tolong2 balik tabir je. tlg siapkan buku atur cara aje. tu pun my leader kak maya ali banyak bantu mengedit buku tersebut.. thanks.kalu umi di beri mandat, tak terlaksana bangkalih..

majlis ni stat jam 9pg dan dirasmikan oleh Peg. Pelajaran Daerah Beaufort iaitu En Salleh Idris. mandangkan keje umi dah siap sblm majlis, hari tersebut umi jadi penonton aje. banyak duduk atas krusi.. sambil tengok persembahan dan murid yang terima penghargaan.

well, tuk murid2 SMKB yang dapat anugerah terbaik dan penghargaan, umi ucapkan tahniah dan syabas. moga itu menjadi pendorong untuk kejayaan yang lbih gemilang pada masa depan. Insya Allah. Tahniah juga kepada tokoh murid iaitu adik Yanson dan Siti Aisyah. serta murid harapan deq Aliyah Nur dan Khairul Amrullah. Jadikan diri kamu sebagai ikon agar menjadi contoh kepada rakan2 yang lain.
tokoh murid SMKB 2009 Adik Yanson Yanjurus
untuk tu kita layan gambar2 yang sempat umi snap masa hari tersebut
umi bersama ustz wani dan hajah hasnah

umi dengan mc majlis cg Jalita dan SMD Fauzi serta kak Lan dan kak Pah


SELAMAT MAJU JAYA......jumpa lagi pada MAKEP 2010














Kelab nasyid SMK Beaufort

Salam buat semua
fuhh......baru umi dapat buat coretan dan n3 kali ni umi nak kongsi penglibatan ahli kelab nasyid sek umi. Kumpulan ini diketuai oleh Ustaz. Che Nor Azliza. Umi jadi orang blakang2 jer..Mereka telah dipilih untuk membuat persembahan semasa Majlis Anugerah Kecemerlangan Prestasi (MAKEP) pada 18 Julai 2009. Alhamdulillah dapat melakukan dengan baik.
Seramai 9 orang murid yang terlibat dan terdiri drp murid 1 KRK dan 1 Impian. Adik Umairah merupakan ketua kumpulan tersebut.


yang kecik molek bertudung merah tu Umairah selaku solo
ketika persembahan di pentas utama
bersama jurulatih ustazah Che Azliza
hee..hee. umi pun nak posing jugak....

Lagu yang di alunkan smasa majlis tersebut ialah "AKU TANPA CINTAMU" daripada Mirwana dan ''SUMAYYAH" daripada Hijjaz.


Semoga mereka yang memperjuangkan irama nasyid akan mendapat keberkatan...Amin

Monday, July 20, 2009

Isra' dan Mikraj Lambang keagungan Allah

Salam buat semua...

 
alkisah ...umi ucapkan kepada pemblog beragama Islam "SELAMAT MENGINGATI HARI ISRA' DAN MIKRAJ". pada hari ini 20 Julai 2009 masihi/27 REJAB 1430 hijrah. moga kita terus mengenang semula pengorbanan yang telah dilakukan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. menemui Allah dalam menerima kefarduan solat yang mana menjadi kewajipan kita tunaikan sebanyak 5 x sehari semalam. Ianya termasuk dalam cabang fardu ain.


Akan tetapi, paling sedih bagi umi, bila tinjauan di buat terhadap anak2 didik yang umi ajar saban hari berganti minggu dan berganti bulan tentang perkara ini, ada segelintir mereka seolah 2 tidak memahami dan tidak mengambil berat akan kewajipan ini... bukan tidak diingatkan malah tiapkali pengajaran dan pembelajaran di adakan perkara ini di ulang tanya. Kerna apa "SOLAT ITU TIANG AGAMA" maka apa jua yang berlaku perlu dilaksanakan apabila telah memenuhi syarat yang ditetapkan.


Terdapat murid2 bila ditanya , " solat kamu dalam sehari berapa waktu yang ditunaikan??" kebanyakannya rata2 menjawab solat mereka tidak cukup 5 waktu malah ada yang langsung tidak menunaikan solat. Jadi persoalannya .....ke mana mereka gunakan nikmat kesempurnaan yang Allah berikan kalau bukan ke arah mengabdikan diri pada-NYA. yang pelik perkara lain boleh dilakukan tetapi tidak boleh dalam menyempurnakan kefarduan ini...


Jadi............adakan kita tidak berterima kasih atas pengorbanan kekasih Allah...Oleh yang demikian sama2lah kita memperolokkaan ibadat kita pada Allah . terutama solat kita. Agar... apa yang dilaksanakan diterima oleh-NYA ...Insya Allah...mudah-mudahan .aminnn..


kat sini umi kongsikan dengan semua berkenaan peristiwa Israk dan Mikraj yang telah dilalui oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW. DI PETIK DARIPADA  http://www.sabah.gov.my/jheins/peristiwa


PERISTIWA ISRA' MI'RAJ DAN KEPENTINGANNYA BAGI UMAT ISLAM


Oleh : AN-NAJM
Bulan Rejab kian hampir melabuhkan tirainya. Maka semakin terasa dekatnya pertemuan dengan bulan mulia lagi penuh rahmat, iaitu Ramadan al-mubarak. Namun, di penghujung Rejab yang mulia ini, kita terpanggil untuk merenung sejenak peristiwa yang besar dan bermakna bagi seluruh umat. Peristiwa yang dimaksudkan itu ialah peristiwa Israk Mikraj yang menakjubkan, yang berlaku pada malam 27 Rejab, tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad SAW.

Israk dan Mikraj adalah dua peristiwa yang amat besar dan luar biasa yang dialami oleh Nabi Muhammad SAW dan dianggap sebagai satu penganugerahan yang tinggi nilainya dari segi kerohanian. Kedua-dua peristiwa itu adalah kurnia Allah SWT kepada baginda untuk memperlihatkan tanda keagungan dan kekuasaan-Nya.

Sungguhpun peristiwa luar biasa yang terjadi setahun sebelum Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah itu mustahil dapat dijangkau oleh alam pemikiran manusia, namun kita selaku umat Islam wajib percaya dan mengyakini bahawa Israk Mikraj yang ditempuhi serta dialami oleh Nabi Muhammad SAW adalah benar dan berlaku dengan roh dan jasadnya sekali. Segala-galanya boleh berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah selaku Pencipta dan Pentadbir alam semesta.

APA ITU ISRA'??

Israk bererti perjalanan Nabi SAW dari Masjidilharam di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin. Peristiwa ini terakam di dalam Al-Quran, sepertimana firman Allah yang bermaksud :

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil-Haraam (di Mekah) ke Masjidil-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(Q.S. Al-Israa’: 1).


APA ITU MIKRAJ ????
Sementara itu, Mikraj pula merujuk kepada perjalanan baginda SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ketujuh, dekat singgahsana Allah SWT sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran yang bermaksud:

“Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi di sisi “Sidratul-Muntaha”; yang di sisinya terletak syurga “Jannatul-Makwa”. (Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa “Sidratul-Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya.”
(Q.S. An-Najm: 13-18).

Oleh itu, Israk Mikraj dapat disimpulkan sebagai satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, kemudian naik ke langit sampai ke Sidratul Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.

Salah satu inti penting daripada peristiwa Israk dan Mikraj ialah perintah solat yang diterima Nabi SAW di Sidratulmuntaha. Pada mulanya Allah SWT memberi perintah supaya mengerjakan solat (sembahyang) 50 waktu sehari semalam. Tatkala bertemu dengan Nabi Musa Alaihi Salam di langit keenam, Muhammad SAW menceritakan perintah yang diterimanya daripada Allah. Lalu Nabi Musa menyarankan agar baginda kembali menghadap Allah SWT untuk memohon keringanan, dengan alasan bahawa umatnya tidak akan sanggup melaksanakan solat 50 waktu itu. Disebabkan terlalu sayangkan umatnya, Nabi SAW menerima saranan itu. Ia pun kembali menghadap untuk memohon keringanan. Permohonan itu berulang sampai 9 kali hinggalah Allah SWT mengabulkannya dengan mengurangi waktu solat menjadi hanya 5 kali sehari semalam.

Adapun waktu-waktu solat yang telah ditentukan itu ialah Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya. Waktu mengerjakan solat berkenaan diterangkan dengan jelas di dalam Al-Quran, sepertimana firman Allah yang bermaksud :

“Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan-peringatan bagi orang-orang yang ingat.” (Q.S. Hud: 114).

Bulan Rejab tahun ke-11 dari kerasulan baginda SAW, disifatkan oleh ahli sejarah sebagai ‘Amulhuzn’ (tahun dukacita) bagi Rasulullah. Ini berikutan dengan dua musibah berturut-turut yang menimpa baginda, iaitu kehilangan dua insan tersayang berikutan kewafatan Khadijah, isteri baginda yang tercinta, yang kemudian disusuli pula dengan pemergian bapa saudara baginda, Abu Thalib, yang banyak melindunginya daripada ancaman kaum kuffar Quraisy.

Musibah yang menimpa itu berpengaruh besar terhadap diri Rasulullah. Lantas Nabi merasakan ruang untuk pergerakan dakwah di kota Makkah semakin sempit dan keselamatan diri turut terancam. Keadaan yang sedemikian mendorong Rasulullah untuk berpindah ke Thaif dengan harapan agar penduduknya menerima seruan dan bersedia membantu perjuangannya. Malangnya, segala harapan baginda hancur berkecai kerana penduduk Thaif bukan saja tidak mahu memberi perlindungan kepada Nabi, malah Nabi dicaci, dihina hatta dianiaya.

Lalu, Rasulullah kembali semula ke Makkah dengan perasaan hampa tanpa hasil. Dan dalam hal keadaan menanggung kesedihan dan kehampaan, Allah menganugerahkan Israk Mikraj, yang antara lain bertujuan menghibur dan mempertebal iman Nabi SAW.

PENGAJARAN BERGUNA :

Berdasarkan kepada peristiwa Israk Mikraj, kita memperolehi pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya untuk direnungi serta dihayati. Antara pengajaran berguna tersebut ialah:

1. Manusia harus sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah, baik di kala ditimpa kesusahan mahupun di kala mendapat kesenangan. Ini kerana hanya Allah yang berkuasa memberikan pertolongan, menghilangkan segala kesedihan, dukacita dan kesusahan pada diri manusia. Sebagaimana yang diceritakan, Nabi telah ditimpa beberapa musibah sebelum terjadi Israk Mikraj. Dalam keadaan demikian, datang perintah untuk Israk Mikraj, iaitu untuk berhadapan dengan Allah swt. Ini memberi pengajaran kepada kita agar mendekatkan diri kepada Allah sewaktu didatangi musibah dan pelbagai permasalahan dalam kehidupan. Caranya ialah dengan melaksanakan semua perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya di samping terus meningkatkan ketakwaan dan amal ibadat.

2. Menjauhi perkara mungkar dan maksiat. Semasa Israk Mikraj, tepatnya sewaktu Nabi diajak meninjau keadaan neraka, baginda ditunjukkan berbagai bentuk penyeksaan dahsyat yang sedang dialami oleh berbagai kaum sebagai akibat daripada segala macam bentuk kejahatan yang pernah mereka lakukan. Misalnya Nabi diperlihatkan kepada satu kaum yang memecahkan sendiri kepala mereka dengan batu besar, setelah pecah ia kembali bertaut seperti sediakala. Nabi juga melihat bentuk penyeksaan yang lain seperti seksaan bagi pemakan riba, penzina, pengumpat, yang suka memfitnah dan lain-lain lagi. Ini semua memberi iktibar supaya kita yang hidup di dunia ini tidak melakukan segala perbuatan tercela itu dan juga pekerjaan lain yang jelas dilarang Allah kerana begitulah seksaan yang bakal diterima oleh seseorang di akhirat nanti sekiranya perbuatan yang dilarang Allah itu dilakukan.

3. Perintah solat sebagai suatu bentuk ibadah yang Allah sendiri menggariskan ketentuan mengenainya. Kewajipan solat berbeza dengan kewajipan yang lain seperti puasa, zakat dan haji. Ini adalah kerana kewajipan solat diterima langsung oleh Nabi daripada Allah sewaktu bertemu Allah pada malam Mikraj tanpa perantaraan malaikat Jibrail. Ini menunjukkan keistimewaan dan kelebihan solat berbanding ibadah-ibadah lain, dan solat juga amalan yang paling awal dihisab di akhirat kelak. Dengan solat, kita berpeluang untuk berdialog langsung dengan Allah, iaitu ketika bersolat.

4. Mengakui dan tunduk kepada kebesaran Allah sebagai pencipta agar keyakinan terhadap kekuasaan-Nya benar-benar bersemi di jiwa manusia. Ini kerana sewaktu Israk Mikraj, Allah memperlihatkan kepada Nabi akan keagungan dan berbagai keajaiban ciptaan-Nya yang terdapat di alam tinggi bernama langit itu seperti Sidratul Muntaha, syurga dan lain-lain lagi.

5. Anjuran memberi salam. Di sepanjang perjalanan Mikraj, Nabi tidak pernah lupa mengucapkan salam kepada rasul yang baginda temui. Ini mengingatkan kita kepada keutamaan memberi salam dan galakan supaya selalu memberi salam kepada saudara sesama Islam sebagai tanda penghormatan dan untuk mengeratkan hubungan.

6. Mengingatkan usia dunia yang sudah tua yang mana dibayangkan melalui pertemuan Nabi dengan seorang nenek tua. Ia memberi gambaran kepada kita yang umur dunia sudah lanjut dan hampir berlaku kiamat. Hakikat ini memperingatkan setiap Muslim bahawa segala kemewahan dan kesenangan dunia hanyalah bersifat sementara. Hanya ketakwaan dan amal salih menjadi bekalan untuk ke akhirat.

7. Berwaspada dengan rayuan dan tipu daya iblis, di mana sewaktu Israk, pada awal perjalanan lagi jin ‘Afrit telah mengejar baginda dengan membawa obor untuk menghalang perjalanan Nabi dan berusaha memperdayakan baginda. Peristiwa ini memperingatkan kita bahawa syaitan dan iblis tidak akan jemu-jemu untuk menyesat dan memperdayakan umat manusia dengan pelbagai cara.

OLEH ITU.....
Israk Mikraj merupakan mukjizat yang tidak diberikan kepada nabi-nabi yang lain. Justeru itu, Pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya hendaklah direnung dan dihayati supaya ianya dapat membantu memberikan nilai tambah dalam kehidupan, baik dalam usaha meningkatkan ketakwaan dan prestasi ibadah kepada Allah mahupun untuk peningkatan ilmu pengetahuan, terutama dalam menghadapi cabaran globalisasi masa kini. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan tidaklah Kami mengutus rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), selain dari kalangan orang lelaki yang Kami wahikan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang yang berpengatahuan agama jika kamu tidak mengetahui.”
(Q.S. An-Nahl: 43).

WALLAHU A'LAM




Sunday, July 19, 2009

MUSTAQIM

Jeng3. ku kenalkan pada semua diriku yang bernama AMSYAR MUSTAQIM b RUSLIMI
kita adalah permata hati bongsu umi dan abi serta dalam kuaga kami setakat nilah..konon aje tu.
tak caya lah kita cz umi masih muda lagi ..mungkin 2/3 tahun lagi aku dapat "adik" lagi.hee.hee. jd sekarang ni umi dan kuaga panggil kita ADIKK.


gambar adik masa baby


cutekan adikk..
ok la. nanti lain masa citer itu, yang nak bagitau semua tentang riwayat hidup diriku ini....umi bersalinkan adik pada 06 MAC 2008. masa tu tinggal 2 hari lagi pilihanraya umum ke-.......??? adik tak ingat la..he..he...cz tu kerja orang besau... dan kalau adik kuar daripada perut umi tanggal 08/03...maknanya adik berkongsi tarikh lahir dengan mok mah.

lahir kat aner??? kat HOSPITAL BEAUFORT. sama tempat dengan hospital kakak lahir. waktu tu umi citer hari khamis dan pg2 belum subuh umi ada rasa sakit nak bersalin. tp umi wat dekkk jer cz anak k3.bila betul2 sakit baru nak g spital lainlah kalu abg qi dulu anak pertama agak teruja jugak kata umi... jadik.. abi pun dengan ok jer g sek dan sempat pesan lagikat umi..'kalu tak tahan tu tepon ah abi nanti pulang..'. umi memang x g sek dah pun. trus kira cuti. lama2 makin sakit dan umi pon abi dan dalam jam 10pg mereka g hospital... trus ke wad bersalin dan tak dan rest pun, umi trus masuk bilik bersalin dan tak lama 2 kali "ajan" ( maksud dia teran) adik pun kuar...kira2 jam 11 pagi lebih waktu tu...



adik ni lahir tak besar mana pun lbih krg 2.7kilo..dan sekrg berat badan adik x naik2. tak tau nape...dan masa umur adik dalam 6/7 bulan ada kna selsema yang nak bawa kepada ampus....kesian umi dan abi risau mereka. nak tau mcmana keadaan adik kna nyakit tu... malam2 terbatuk2 ,x dapat tdur nyenyak. balik2 jaga .macam tu lah .pastu demam lagi..berlanjutan 2/3 minggu. tulah badan pun jadi susut. kini berat adik lbh krg 8 kilo...kalu kwn2 yang sama dengan adik mereka dah gemuk pun...

satu lagi pasal adik kalu bab minum ubat.....i'm sory...memang tak suka sesangat. kali2 kena paksa makan dengan umi dan adik teriak sekuat jiwa adik...apa taknya x sodap langsung... mungkin adik x tau lagi apa fungsi ubat..maklum ajer umur pun baru 1 TAHUN 4 BULAN. hee.heee. kalu baca kisah2 adik kat atas tadi macam adik udah besar dah kan...

adik laa ni masih neneng umi lagi. mintak2 dapat sampai cukup tarikh akhir dia sampai adik umur 2 tahun next year.. susu botol adik jarang2 minum escp kalu umi ada kat umah. kalu tak terpaksa ah minum jugak . susu DUMEX jerr ..cz umi keje jadi ckgu, awl pagi jam 6.30 umi dah g sek dan balik jam 1 tgh. kalu adik tak minum .....fuh puasa leee aku kecik2 lagi..he..hee.

setiap hari adik duk umah dengan nenek kalu umi g sekolah. nenek tu bukan mak umi tapi pembantu umi yang kami adik beradik panggil nenek...dia jaga abg masa abg umur 3 bulan sampai adik pulak lahir sampai loooni maknanya dah 5 thn nenek dgn kami.
ok ni jer adik boleh crita pasai adik... ni gambar adik yang terbaru... tengok ye...

adik dengan kakak aniss
adik dan umi serta makcik Ana
adik yang hensom macam abi..heee.heee

Friday, July 17, 2009

SUFIYYAH

Salam ceria buat semua, nama saya ANIS SUFIYYAH bt RUSLIMI . umi yang taruhkan nama tu.. abi ikut ajerr taupun umi yang citer.
kuaga panggil saya KAKAK.
kdg2 umi panggil kakak dengan nama anis, sufiya, sufi la. mcm2 tapi bila kat kampung mereka panggis anis.
kengkawan lak panggil sufia. tapi kakak x kisah panggil pe pun. tu sbb nama kakak 2, jd boleh panggil dua2.



ok nak cite pasal diri ni, kakak ni anak ke2 dalam kuaga dan sesatunya bunga pengarang hati kuaga. tu sebab perangai kakak lain dari yang lain. contoh laaa...kuat merajuk. skit sama mcm umi..hik...hikkk

kakak dilahirkan pada 03 OGOS 2005. jadik umurku dah nak masuk 4 tahun. nanti tiba tarikh lahir , umi kata nak buat kek utk kakak...x pa tunggu aje..tak buat kakak ngajuk...

dan kakak umi lahirkan kat HOSPITAL BEAUFORT. x silap jam 11 malam dan kalau ikutkan abi nak suh biar kakak jangan kuar dulu dari perut umi. kenapa????? kononnya besok 4/8 besday abi, jadi dapat sambut sama2 dan ada 2 generasi sama tarikh lahir....hakikatnya takdir dan ketentuan Allah macm tu.kita kena redha. kan abi...
masa ngandugkan kakak, memang umi tak rancang balik bsalin kat kg nenek mak punnnn ......cz umi keje dan dah ada pengalaman nak uruskan kakak bila kakak lahir.

abg dulu tak pe ah, umi dang balik bsalin kat kg ....jd nenek ada. umi pun first jd ibu. well pengalaman anak pertama umi praktikkan dalam uruskan kakak kat sabah tanpa orang tua, tapi jgn lupa abi ada...kalu tak cian umi.

kata umi.....masa kakak kuar dari perut umi, kakak asyik teriak gaban...bagi neneng pun ngamuk. tidur x mana. sbb tulah kakak x lama breastfeeding dgn umi .krg lbh ntah cukp ke tak 2 bulan jer... apa taknya balik2 nangis. sampai umi n abi x tau nak wat apa. last2 panggil bidan mak itam dtg tengokkan kakak... kdg2 mlm2 pun kakak nangis...



haaa. kalu abg sek, kakk pun sama sek jgak. sama2 dengan abg kat PASTI BAITUL HIKMAH.

okeyla nanti kalu nak tau apa2 tgok la blog umi buat utk anak2 dia ni...cayalah umi guna nama kakak.. abg qi jangan jeles maaa. tatap gambar kakak yang cute ni...
ni gambar kakak umur 3 bulan. kakak kna amik gambar pasport ni pun cz umi nak g daftar dokumen perjalanan balik ke sabah.... jgn tengok ahhh kat leher kakak. sesuatu yang ada tu umi kata "perhiasan". banyk sgt benang kuning kata umah nenek..hee.hee.

Thursday, July 16, 2009

SYAUQI

Namaku umi dgn abi tetapkan sebagai ADIB SYAUQI b RUSLIMI

Umi dan abi serta adik2 ku panggil abang
kengkawan panggil syauqi kekadang adib
tuk YA aku ... ntah ??? dia panggil syauti pulak.
apapun aku senang dengan apa yang mereka panggil asalkan jangan yang bukan2. meh tgok ni gambar abg umur 2 tahun...kelakaunya...



Umi bersalinkan ku pada 29 November 2003...wah umur ku nak masuk 6 tahun ujung tahun ni... besar dah nanti sama mcm abi
kat mana erk aku dilahirkann.... oooooooooo kat Hospital Daerah Besut. waktu tu cuti sekolah.
masa tu raye , jadi umi sempat beraya jap jerrr selebihnya lagi standby nak tunggu aku kuar. maklumlah permata hati sulung mereka...

tepat jam 2.30 aku lahir dan melihat alam maya ini. alhamdulillah masih lagi bernafas sampai sekarang. ku mohon pada MU ya Allah panjangkan umurku dan beri aku kejayaan dunia dan akhirat dan sempatkan aku membalas jasa mereka suatu ketika nanti atas apa yang telah dikorbankan untuk besarkan aku



ku punya dua adik satu laki2 dan satu pompuan. namanya anis sufiyyah dan amsyar mustaqim
kecik2 dulu ada nyusu neneng umi tapi tak full pun stkat 1 tahun 3 bulan aje. aku tak tahu knapa. tetiba aku tak mau .tak pelah skrg2nya aku nyusu jugak...hee.heee

sekarang aku belajar kat PASTI BAITUL HIKMAH. kat ane tuuuu...??? alaaa,,,tepi umah aku jerr. di Taman inti subur. umah abaang no 3A. haaaa...tu satu kelebihan aku tak yah nak mintak duit tambang bas dengan umi. tapi tahun ni jerrr. tahun dpan mungkinan aku kna bdikari sendiri cz aku dah nak darjah satu sek jauh kit. jalan kaki sampai tapi ponat bahhhh. gambar abg dan kakak masa siap2 nak pi main sukan sek kami .

welll, apa pun doakan aku sucess sokmo.
ni muka abg yang hensom ni ..nanti tgok jerrr jangan komen lebih2. ni mix muka umi dan abi. cayalahh
ok selamat mengenali abang qie..


Monday, July 13, 2009

hepi belated besday 4 [ATEH NOR N CHE DA]

Buat kengkawan yang baca blog ni terutama ateh no dan che da, su nak ucapkan selamat hari lahir ke 30 pada 13 JULAI 2009. maaf lambat buat ucapan .nak message pun x nyempat bukan x ingat..tapi alang2 dan bukak laptop ni trus su write kat sni jerrr.

Meh kita nyanyi sama2 :


"HAPPY BIRTHDAY TO U" (2X)

HAPPY BIRTHDAY TO YOU ATEH AND CHE DA.. HAPPY BIRTHDAY TO YOU

Semoga dipanjangkan umur dan di murahkan rezeki
semoga bahagia dunia dan akhirat with your family

jangan lupa kami2 yang masih mengingati kamu berdua

doakan agar kita dipertemukan Allah pada suatu ketika dulu


buat teh.. tahniah atas cahaya mata kedua "baby NAJMUDDIN" semoga ia sepintar namanya

dan che da , jangan risau kalu blum ada rezeki lagi, Insya Allah ada juga tu nanti. bykkan berusaha dan memohon dengan-NYA.