Saturday, July 11, 2009

Pasal bahan pencuci..

Salam... ni umi nak kongsi maklumat yang baru dapat pasal bahan pencuci yang kita guna hari2. adakah terdapat lemak haiwan atau tak.. kalu yeerr .kita amik tindakan sama2 lakukan perubahan berkenaan perkara tersebut. ok sama2 kita amik tahu. kalu mende2 yang macam ni , dalam Islam kita kna prihatin.

Adakah bahan pencuci yang kita gunakan selama ini mengandungi lemak haiwan?




Tahukah anda banyak bahan pencuci dipasaran mengandungi lemak haiwan dan tanpa kita sedari kita adalah salah seorang pengguna bahan pencuci tersebut? Bahan pencuci yang saya maksudkan di sini adalah bahan pencuci pakaian kita sama ada ia dalam keadaan serbuk iaitu kategori sabun atau cecair iaitu kategori detergent. Saya tidak akan menyenaraikan jenis-jenis sabun yang dimaksudkan kerana saya mungkin boleh disaman atas kenyataan tersebut. Namun sebagai pengguna muslim, adalah tanggungjawab kita untuk menjaga kesucian pakaian kita yang kita gunakan seharian untuk beribadah. Maka di sini perlu kita kongsikan bersama pengetahuan bagi menjaga kemaslahatan ummah.

Kebanyakkan produk pencuci yang mengandungi lemak haiwan ini adalah bahan pencuci yang mempunyai jenama dari luar negara, tapi tidak kesemua bahan pencuci luar negara menggunakan lemak haiwan.

Jadi bagaimanakah kita dapat mengetahuinya?

Pernahkah anda merendam pakaian anda dengan larutan sejenis bahan pencuci selama beberapa hari (hampir seminggu) dan pakaian anda menjadi berbau busuk? Bukankah itu satu keadaan yang pelik? Jika anda merendam pakaian anda dengan air paip biasa di dalam baldi selama beberapa hari, pakaian anda tidak akan menjadi sebusuk pakaian yang direndam dengan larutan bahan pencuci tertentu.

Menurut kajian yang dilakukan oleh satu intitusi, bau busuk ini adalah disebabkan olehl emak haiwan yang terdapat dalam bahan pencuci tersebut. Maka, salah satu cara untuk mengetahui adakah sabun yang anda gunakan selama ini mengandungi lemak haiwan atau pun tidak, gunakan cara rendaman ini. Jika rendaman anda berbau busuk maka anda disarankan bertukar kepada bahan pencuci yang tidak berbau busuk walaupun setelah berhari-hari. Serbuk pencuci yang tidak menggunakan lemak haiwan tidak akan menghasilkan bau busuk walaupun direndam pada tempoh yang lama. Jika anda prihatin terhadap isu ini sila kongsikan bersama rakan anda.

Pilihlah produk yang dihasilkan oleh pengeluar muslim yang dijamin kesucian bahan yang digunakan.

sama2 kita fikir

No comments: