Saturday, July 11, 2009

jendela hati...


salam n slamat pagi ....


wah nampaknya mata umi tak ngantuk2 lagi, berabis dgn tnet sejak kul 10 td. bru ingat tadi siang byk gak umi "tertiduuur" jd mlm ni jadi burung hantu yang cerah bijik mata. and my kids bersama my hubby dah syok di ulit mimpi.....jejadik..sambil2 layan blog kwn2 dan pautan yang lain, baru ku sedari, rupanya banyak jugak maklumat berguna yang umi dapat ambil kat sini. padanlah kata2 yang pernah dongar "maklumat dihujung jari"

alhamdulillah dengan kemudahan yang ada. umi harap moga Allah jauhkan daripada perkara yang LAGHA dn apa yang dicari mendapat mardhatillah.

Duk tgh 2 bc pautan, umi terjumpa 1 lirik nasyid yang dulu2 amat tersohor gtu.. jadi teringat kat kawan2 lama: kat sek rendah (SKKgB), kat sek men (SMKANI) , pastu kat KUSZA, dan kengkawan kat UPM... espc. mahani, kdilla, derr, kak ani, knik, mc gee dan ramai lagi... korang ku harap ok slalu..

mehhhh.. kta layan alunan nurani dan bernasyid sama2 ,moga hati kita menjadi sedamai 2nya spti mana lirik nasyid ni dalam melakukan perkara yang bermanfaat. aminn.

JENDELA HATI

Album : Ya Rasulullah
Munsyid : Saujana
http://liriknasyid.com/

Aku ingin hidup secerah mentari
yang menyinar ditaman hatiku
Aku ingin seriang kicauan burung
yang terdengar di jendela kehidupan

Aku ingin segala - galanya damai
Penuh mesra membuat ceria
Aku ingin menghapus duka nan lara
Melerai rindu di dalam dada

Sedamai pantai pantai yang memutih
Sebersih titisan embunan pagi
Dan ukhuwah kini pasti berputik
Menghiasi taman kasih yang harmoni

Seharum kesturi seindah pelangi
Segalanya bermula disini
Seharum kasturi seindah pelangi
Segalanya bermula disini

Aku ingin hidup secerah mentari
yang menyinar ditaman hatiku
Aku ingin seriang kicauan burung
yang terdengar di jendela kehidupan

Sedamai pantai pantai yang memutih
Sebersih titisan embunan pagi
Dan ukhuwah kini pasti berputik
Menghiasi taman kasih yang harmoni

P/s: ish2 teringat zaman sekolah dolu2 kat SMKANI ( tok Jembal) ... ateh norr, alang murni, yong zila, chek niah, achik azela, jid, long izawati, ngah nora dan kengkawan yang lain moga kalian bahagia dengan apa jua yang dilakukan. jangan lupa su kat sni...

No comments: