Wednesday, July 29, 2009

Mukhayyam Bahasa Arab

Salam buat semua..
alhamdulillah nampaknya umi memperolehi ruang yang selesa kali ini, setelah beberapa hari tertunda. Jadi kali ni umi mencoretkan serba sedikit tentang mukhayyam yang umi sertai bersama murid2 Bhs Arab tkn 3 , ianya di bawah anjuran Panitia Bahasa Arab yang dipengerusikan oleh ustz Salwaniah dan disertai bersama2 ustaz dan ustazah yang lain. moga2 coretan ini dapt dikongsikan bersama mereka yang mengikuti blog umi ini.
ANTARA FASILITATOR YANG TERLIBAT  :
Ustaz Shaiful Amri Musa
Ustazah Salwaniah Yusof
Ustazah Norhaidahwati Ramli
Ustazah Ramlah Asin
Ustazah Che Nor Azliza Che Othman
Ustazah Shaidah Kadir
Cikgu Azizul
Cikgu Md Nazri
HARI PERTAMA- Jumaat (24/7/2009)
Pada hari tu, umi pulang umah tengahari spt biasa, siapkan makan tengahari untuk kita sekuarga. mujur semalam umi dah masak lebih jadi x yah susah2 masak. cma panaskan ajer..ptg tu, memang umi nak bawak anak2 g sek . makcik ngasuh budak2 datang bsok aje. so, bila umii bagi tau abg dn kakak, wah..teruja mereka mau ikut sampai x sabar2 trus nak pegi.then, bila siap uruskan semua termasuk mandikan baby, abi antar kami kat sekolah cz abi kna g msjid ptg tu ada janji dengan orang untuk rawatan.
sesampai kat sek, abi tiinggalkan kami kat dewan makan asrama cz program ni berlangsung d sni. wahhh....rupanya dah ramai murid datang...oh..ya camping ni sama2 dgn camping unit beruniform. bezanya mereka berkhemah kat padang sekolah dan bhs arab kat asrama. tapi x pelah janji atas nama camping. trus umi nampak ustz haidah duk uruskan pendaftaran budak2 mukhayyam. umi g pun nak cz tunjukkan kita turut beri sokongan thdp aktvti mcm ni. hari ni umi x dapt wat ape, just melayan geng 3A dgn karenah macam2. suka la mrk sekali sekala kna bawa umi mai sek.. sambil2 tunggu ust azamudin dtg, umi tengok puak2 camping kat padang duk sibuk dirikan khemah. nampak mcm best pulak. teringat ms camping kat sek umi dulu d SMKA Nurul Ittifaq. dengan kwan2 sama2 tidur dalam khemah. x kisah walau kna gigit sang nyamuk.janji dpt camping.
first day ni, umi tlupa nak bwa camera, jd x dpt candidkan gambar budak2 camping, x pelah... duk kat dewan sambil dgr ceramah teknik menjawab oleh ustaz azamudin,babyy mula rimas2. biasalah dia nak susu la nak nangis pun ada. maklumlah geng 3A ni jarang umi bwa mai sek. cma sekali sekala datang, jadi umi keluar n masuk n kluar dwan nak pujuk si baby ni agar tak nangis. malu puak kat penceramah ...pulak dah abg dan kakak lari2 an kat dataran yang mana ptg tu agak panas jgak .ah biarin mrk. bukan slalu pun..
......... tup2  x sdar rupanya dah msuk waktu asar.. jd umi bwak geng 3A g surau untuk umi tunaikan kewajipan pada-NYA.
 pulak dah... sesampai kat sana , baby pulak ndak mau org ambil apatah lagi dukung dia...susah maaaa. umi pun angkat dia dan letak kat paip amik wudhuk sambil umi berwuduk...nah..berdiri dia skjp kat stu..alkisahnya baby umi sorang ni memang payah orang lain nak ambil dia kalau bukan dgn abi atau umi, ndak tau nape la. beza sgt masa abg n kakak kecik dulu. ngan sapa2 pun mereka mahu di dukung... rupanya bila umi naik atas surau, alhamdlah murid2 yang memahami kewajipan duk khusyuk tunaikan solat dan d situ ada isteri ust rupanya...apa nama dia erk....ooo kak lin. dia dtg sama 2 ustaz dari k.k dan bawa 2 nak kecil. sorang sebaya kakak dan baby umur 3 bulan. umi pun baru hari tu kenal ngan kak lin pun ,dia orang johor. duk dan ngajar d k.k dah masuk 8 tahun pun.
after umi solat asar trus sms tanyakan kut2 dia dah settle urusan kat masjid..... bila umi kuar dari surau abi dah ada rupanya.. apa lagi budak2 ni yang dari tadi gelisah trus ikut abi naik kreta. dan umi pergi jumpa kak wani nak bgtau mau pulang dulu... besok datang lagi.. kalu ikutkan umi kna bmalam kat sek, tapi mandangkan payah dgn anak2 terutama baby amsyar, umi tolak untuk stay dan cuba untuk datang pada siang hari sehinggalah hari terakhir nanti.
malam tu, umi siapkan tugasan umi untuk mukhayyam hari besok iaitu "slot : permainan bahasa". rupa2nya bukan mudah nak buat benda ni. lbh2 lagi banyak istilah2 arab yang umi sendiri lupa cz dari dulu sampai skrg x banyak guna dlm khidupan sehari2. dulu stakat blajar aje.. alhamdulillah siap jugak .. besok ah fikir mcamana nak letakkan sampul2 untuk slot ni.. ok kta tdur dulu...

HARI KEDUA- Sabtu (25/7/2009)
awal pagi umi settlekan kerja2 harian spt basuh pinggan mangkuk, iron baju dan kemas rumah. sementara anak2 bangun tidur lagi senang umi buat kerja tanpa gangguan. jadi..bila pngasuh budak2 ni sampai, umi siapkan diri sementara tunggu abi hantarkan umi ke sek. kali ni geng 3A umi x bwak cz umi kna uruskan slot umi yang tak settle lagi... jadi bila sampai kat sek, umi terus sarapan bersama fasi2 yang lain, budak2 mukhayyam baru selesai senaman pagi.
Apabila slot pagi bersama Ustaz Shaiful bermula, jadi umi stat misi umi dibantu oleh cg Azizul untuk settle kan slot permainan bahasa.  sampul2 yang umi buat semalam kat rumah kna letakkan di tempat2 yang sesuai untuk murid2 cari pada jam 3petang.
apalagi ....ke sana ke marilah umi dgn cg zizul  mencari tpt yang yang di cadangkan untuk sorokkan sampul tersebut. dalam sampul tu ada arahan dan beberapa kad bergambar dan kad 2 warna untuk mereka sesuaikan dengan arahan bila sampul itu dijumpai.  hee...hee senang je.
yang banyak menyorokkan sampul nyer bukan umi tapi cg azizul, nasib baik ye tolong, kalu tak, terkial2 jugak umi buat sorang2 yang mana sblum ni lum pernah buat. jadi amanh yang diberi kna buat dengan baik. jadi temptnya sekitar kawasan sekolah jerr spt dataran perhimpunan, depan pej sek, dpan bilik guru, taman sekolah, pondok sri menanti, tangga sek, bengkel Kh, makmal sains, papan kenyataan, pemadan api dan juga kat kantin.... fuh!!! penat jugak pegi mari ke sana sini. tapi x per.. mujur ade pembantu yang bagus. sebenarnya sronok jugak..ingat time2 sek dulu..
dalam jam 10pg, kerja menyorokkan smpul tamat dan kudapan pagi kat dwan asrama. selepas tu, umi  g dewan asrama dan minta izin kak wani nak turun kat padang tengok ahli2 PPIM bercamping kat sana. masa tu mereka semua sibuk prepare bahan2 untuk pertandingan masakan tradisi. wahhhh.... lumayan jugak persediaan mereka. macam2 yang nak d masaknya. antaranya... kerabu mangga, gulai nangka dengan ikan kering, ada jugak pucuk midin dll. umi g jong kelih jerr. mereka yang ada kat siti semuanya lincah2 blaka dan sat jer dah byak yang dpt di sediakn. tahniah pada korang. terutama Chef Suryana yang banyak tunjuk ajar..
.pastu umi naik smula kat dewan danbantu mana2 yang patut slot LDK kelolaan ustazah Wani . pukul 12 lebih peserta2 mukhayyam berenti makan tengahari. kami bersama2 fasi lain makan tghari.
tengahari tu umi x pulang umah, singgah kat bilik warden asrama cg Salyateh untuk solat zohor.... lip lap..lip lap x dan nak rehat, umi dan ustz wani turun kat dewan nak prepare untuk slot mughamaratul lughawiyyah. kali ni umi yang jd mc untuk beri arahan dan taklimat berkenaan slot tadi.
macam ni  slot permainan bahasa..
Ada 4 pusingan
Pusingan 1,2 dan 4 perlu diselesaikan dalam dewan
Pusingan 3 perlu diselesaikan dluar dewan ( haaaa. p3 nilah yang umi duk sibuk nyorokkan sampul2 kad tadi pagi)
Bila kumpulan yang dapat selesaikan p1, mrk akan mara ke p2 dan seterusnya.
bagi p3, umi bagi mrk kata kunci kpd setiap kumpulan. kata kunci itu merujuk kepada warna kertas .
jadikkk....mereka kena cari sebanyak 5 sampul berdasarkan warna kertas yang n\mrk dapat pada awal permainan p3.
setiap sampul yang mereka jumpa ada soalan dan mrk kena selesaikan soalan tersebut. dalam sampul itu pula ada arahan untuk mereka mencari sampul yang seterusnya sehingga sampul ke 5. apabila menjumpai kelima2 sampul, perlu bawa kepada fasilitator untuk di sahkan dan menjawab soalan yang ada di atas sampul tersebut dengan betul.
kumpulan yang berjaya menyelesaikan kesemua soalan pada kelima2 sampul itu akan dapat mara ke pusingan akhir iaitu p4. pada p4 mereka di beri soalan teka silangkata dan selesaikan dalam dewan sahaja.  mana2 yang kump dapat settle kan p4 akan dikira pemenang. walaupun p3 mereka uncit.
senang jer kannn.
umi solat asar kat surau sekolah sementara setiap kumpulan duk selesaikan p4. tiba2 abi call suh umi pulang cz ada hal. jadi belum sempat umi tamatkan slot, umii minta izin kak wani pulang dulu..
abi amik umi dan kul 4.30 umi sampai umah. baru nenk ngasuh pulang umah.
jadi skali lagi umi wat keje x siap. sian pada kak wani. buat kak wani umi mintak maaf banyak2. harap2 faham lah yer..
insya Allah hari terakhir umi akan pegi untuk majlis penutup mukhayyam bersama anak2 umi.

HARI KETIGA-Ahad (26/7/2009)
umi upload gambar aje dulu, nanti kisahan tu kemudian...k
ni ragam setiap kumpulan yang buat persembahan pada hari akhir mukhayyam
kumpulan Zulfaqar
kumpulan hisyam
kumpulan arif akmal
kumpulan ainun
kumpulan hafiz

No comments: