Thursday, August 13, 2009

Al-Fatihah : Buat Ustaz Asri Rabbani yang kembali kerahmatullah..

Salam buat semua..
Innalillahiwainnailaihirajiun....
sebenarnya, sungguh tidak diduga dalam kita berhadapan dengan ujian Allah, wabak H1N1..
hari ini kita semua dikejutkan dengan satu lagi kematian hamba Allah yang memperjuangkan irama nasyid tanah air yang sememangnya kita semua mengenali beliau walau pun tidak melalui dekat tetapi melalui media cetak atau elektronik..
Beliau ialah USTAZ ASRI (Rabbani)..

Tinggal kenangan..Asri (dua dari kiri, bawah) ketika bersama anggota Rabbani yang lain pada dua hari lalu ketika majlis sidang media dan memeterai satu lagi perjanjian kerjasama bersama Hotel Singgahsana untuk terus membuat persembahan di hotel tersebut sepanjang bulan ramadan yang bakal tiba nanti. -foto The Star

Ceritanya...umi kebetulan pulang dari sekolah tadi, singgah kat Tabung Haji Beaufort untuk urusan keluar masuk duit, sambil mengemaskan barangan untuk keluar daripada kaunter , terdengan pembaca berita RTM 1 mengumumkan bahawa baru saja ust si sahkan meninggal duni kerana serangan jantung.

Jadi marilah semua kita rakyat Malaysia yang beraga Islam, sama2 menyedekahkan ALFATIHAH untuk beliau. Semoga rohnya aman di sana..

Doakan agar apa jua yang arwah lakukan untuk menyebarkan dakwah melalui irama nasyid akan diteruskan oleh mereka yang lain...insya Allah.
untuk ahli keluarga beliau, semoga tabah menghadapi ujian yang diberikan Allah.
Ingatlah kita yang masih hidup... "setiap yang bernyawa pasti akan mati."

untuk keterangan lanjut layari :
http://1-malaysia.blogspot.com/2009/08/al-fatihah-ustaz-asri-rabbani-pulang-ke.html

Mengenangkan hal ini... ingatlah kat mana2 kita berada maut akan datang menjemput kita bila masa telah tiba..
Perbanyakkan amalan sebagai bekalan untuk kita hidup bahagia di "sana " nanti..PERGI TAK KEMBALI


lirik ini mengingatkan kita pada ARWAH USTAZ ASRI dan kematiann yang bakal kita hadapi..
PERGI TAK KEMBALI...
Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang…kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi



banyakkan baca al-quran dan zikrullah
ok jumpa lagi..

No comments: