Thursday, September 17, 2009

Mangkuk tiga tingkat


         
Al-Kisah....Mukmin meninggalkan kampung kerana mendapat pekerjaan dibandar raya Kuala Lumpur. Beliau menyewa rumah di sentul bersendirian. Di sebabkan tidak tahu memasak, Mukmin membayar upah makan pada seorang makcik yang tinggal berhampiran dengan bayaran RM50 sebulan untuk dua kali makan iaitu siang dan malam. Air masak sendiri. Pada tahun 1970-an ketika itu, RM50 adalah murah untuk 2x makan. Pada bulan Ramadhan, makcik itu menyediakan makanan untuk berbuka dan bersahur.
           Untuk bersahur, anak dara makcik itu, Zaiton, datang ke rumah Mukmin seawal jam 4 pagi. Pada hari pertama, Zaiton membawa mangkuk 3 tingkat- yang bawah sekali nasi, yang k2 sayur dan atas sekali adalah gulai untuk juadah bersahur Mukmin. Setiba Zainton bersama adikya di rumah Mukmin, Zaiton mengetuk rumah Mukmin sambil memanggil "abang Mukmin, abang Mukmin...nasi dah sampai". Mendengar saja laungan itu, Mukmin bergegas bangun dan membuka pintu. Sambil tersenyum, Zaiton menyerahkan mangkuk 3 tingkat itu kepada Mukmin sambil berkata dengan lembut, "makan ya bang Mukmin...nanti sejuk". Mukmin terus mengambil makanan itu dan terus makan apabila mendengar nasihat Zaiton.
        Pada sahur hari k2, Zaiton datang lagi dan mengetuk rumah Mukmin. "abang Mukmin....abang Mukmin...".Kali ini agak lama juga Zaiton menunggu, barulah Mukmin bangun. Sambil tersenyum Zaiton berkata lagi, "makan ya bang Mukmin , nanti sejuk, tak sedap pulak". Mukmin mengambil mangkuk tingkat itu ke dalam. Disebabkan terlalu mengantuk, Mukmin baring2 di atas katil dan kemudian bangun untuk makan, betul2 sebelum waktu imsak berakhir.
              Pada sahur k3, Zaiton datang mengetuk pintu rumah Mukmin lagi. Kali ini agak lam sebab Mukmin ' tidur mati'. Akhirnya, Mukmin bangun terhoyong-hayang kerana terlalu mengantuk. Sebelum pergi Zaiton berpesan, "makan cepat, nanti sejuk". Tapi kali ini dengan nada berbeza daripada 2 malam sebelumnya. Dalam hati Zaiton berkata, "kau nak makan, makanlah, kau tak mahu makan, kau punya pasallah".
          Mukmin membawa makanan itu masuk ke dalam rumah dan terus menyambung tidurnya. adisebabkan terlalu letih, dia tertidur sampai kepagi. Pagi itu, Mukmin bersarapan dengan makanan dalam mangkuk3 tingkat itu.
              Untuk sahur hari ke4, Zaiton mengetuk pintu rumah Mukmin sambil melaungkan dengan suara yang tinggi. "Mukmin, Mukmin, Mukmin, mukmin," dan pada masa yang sama mengetuk pintu bertalu2. Jika malam sebelumnya dia melaungkan dengan panggilan abg Mukmin, pagi itu dia memanggil Mukmin sahaja. Di sebabkan terlalu kuat laungan dan ketukan pintu itu, jiran2 membuka lampu dan ada yang membuka tingkap. Setelah puas  mengejutkannya, akhirnya Mukmin bangun dalam keadaan separuh sedar. Sewaktu Zaiton menghulurkan mangkuk 3 tingkat itu, Mukmin berpesan, "mulai esok malam, Zaiton tak payah ketuk pintu lagi, letak saja makanan di luar pintu tu, nanti abang bangun dan ambil sendiri."
               Sahur kelima, jiran Mukmin tidak lagi diganggu kerana Zaiton yang datang kira2 jam 4 pagi itu hanya meletakkan mangkuk 3 tingkat itu di hadapan rumah Mukmin. Setiap pagi selepas itu, sesiapa saja yang lalu lalang di situ akan melihat mangkuk 3 tingkat di depan rumah Mukmin. Hanya selepas jam 8 pagi, baru kelihatan tangan tanpa badan mengambil mangkuk itu.
              Moralnya :  Mukmin mungkin mengambil mangkuk tadi untuk mencucinya kerana tak sedar untuk bangun sahur ataupun memang sejak hari itu Mukmin tak puasa dan makan sembunyi2 dalam rumah sewanya. Jangan sengaja tinggal posa tanpa sebab.. BERDOSA TAU!!!!

No comments: