Thursday, October 1, 2009

Pertambahan usia diri

salam buat semua.
Alhamdulillah setelah sekian lama tidak mencoret sesuatu di blog yang serba kekurangan ini, jadi terasa ralat sedikit untuk memulakan kembali. Sebelum itu.. tak terlambat kiranya ucapan Selamat Hari Raya buat dihulurkan buat semua. Maaf zahir batin.

Insya Allah sedaya upaya akan trus mencoret selagi diizinkan-Nya. AMIN. Lebih2 lagi... memandangkan hari ini adalah hari yang paling bermakna buat insan yang dipanggil syida oleh suaminya, umi oleh permata hatinya, su oleh adik beradik dan kawan yang rapat, cik dah oleh saudara keluarga mertua, idah oleh kebanyakan rakan taulan/sejawat yang lain, "ustazah" oleh anak didiknya dan SHAIDAH ...itulah yang tertera dalam kad pengenalan diri dan nama itu jugalah yang didaftarkan ibunda 30 tahun yang lalu.
Namuun ...untuk menyenangkan keadaan dan memesrakan dengan pembaca blog yang lain, lebih senang diri ini dikenali dengan panggilan UMMI.

Tanggal 1 Oktober ....sama seperti setiap tahun sebelumnya umi meraikan tarikh ini....bermakna setiapkali itulah bertambahnya usia yang semesti dilalui dengan 1001 kegembiraan. Jangan kita berduka kerana usia makin bertambah. Tapi pertamanya perlu panjatkan pada yang Esa sepenuh rasa kesyukuran kerana detik dan tarikh ini masih diberikan Allah nafas serta boleh melaksanakan tuntutan yang difardukan kepada kita semua selaku umat Islam. Itu hakikatnya.

Jangan kita sibuk dengan memikirkan kek apa yang mahu ditempah kali ini?? kat mana nak sambutnya?? siapa yang nak dijemput?? serta bermacam lagi, bukan tidak boleh tetapi perlu ada kesederhanaan dan jangan tersangat memikirkan perkara itu. kena ingat...bila tiba tarikh ulangtahun kelahiran kita, itu menandakan kita juga perlu ingat akan saat kematian...ada yang betul2 tarikhnya, ada yang sebelum tarikhnya dan ada yang selepas tarikhnya. Walau bilapun masa itu, ia pasti akan tiba. Jadi sama2lah kita berusaha. Di samping itu juga perlu ada matlamat untuk dicapai. Sama2lah kita muhasabah diri ke arah yang lebih baik..

Bagi diri umi, insyaAllah , umi akan cuba sedaya upaya untuk menjadi insan yang terbaik di antara yang terbaik.
Terutamanya
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
isteri kepada sang arjuna tercinta Ruslimi,
umi kepada 3 permata hati (Adib, Anis n Amsyar),
sahabat kepada semua kenalan dan rakan taulan,
anak yang kasih demi bonda tercinta,
guru yang terbaik untuk anak didik walau dimana berada
dan sesekali tidak dilupakan untuk menjadi hamba ALLAH yang taat dalam melaksanakan perintah-Nya.

Buat Hubby tersayang...
Terima kasih atas ucapan sempena hari lahir syida.
Sayangilah diri ini seadanya dari dulu, kini dan selamanya.
Bimbingilah diri ini menjadi isteri yang solehah , taat padaNya dan jua pada mu wahai arjuna hatiku.
Tegurlah diri ini sekiranya ada melakukan kesilapan samaada secara sengaja atau tidak.

Untuk diriku sendiri : "SELAMAT HARI LAHIR"

Akhir sekali ......
umi panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana masih lagi diberikan peluang untuk meraikan ulangtahun kelahiran kali ini dengan nikmat kesihatan yang baik dan rukhsah yang diberikan Allah dalam melaksanakan sesuatu urusan. Semoga umi dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan berbahagia dengan penghidupan yang ada sekarang, akan datang dan selamanya sebelum kembali pulang kepangkuan-Nya. Serta moga2 Allah memberkati apa jua perkara yang dilakukan.

"Ya Allah kekalkan semua perkara ini kerana semuanya adalah diluar kemampuan diriku sebagai hamba Allah yang kerdil lagi hina,
Ya Allah Kau suburkan dalam diriku kecintaan kepada-Mu dan kegembiraan dalam melaksanakan apa jua perintahMu"
AMIN

3 comments:

alang Murni said...

akum su...
Selamat hari lahir...semoga ALLAh panjangkan usia dan murahkan rezeki untuk su....

Alang mmg in gat besday su dan mmg b ercadang nak buat satu attachment dlm blog slsng, tspi keadaan anak2 yang kurang sihat menghalang niat tersebut...sori.

Selamat Hari Lahir yg ke 30

Selamat Hari Lahir yang

CiNtA tANPA SEMPAdAN said...

Salam Su... Happy Belated Birthday... Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan berpanjangan, dirahmati Allah sepanjang masa, diberikan kebahagiaan dan kesejahteraan bersama mereka yang tercinta...

SELAMAT HARI LAHIR Semoga setiap hari sentiasa bahagia..

Salam ceria dan salam sayang penuh bahagia...

Jid aka MamaSS

Unknown said...

salam buat sahabat...
sory lama tak tengok blog idah...dan selamat hari lahir ke 30 walaupun dah lepas sebulan yg lalu..bertambahnya usia kita semakin dekat pendeknya umur kita moga kita sama2 dapat menjalankan amanah sebagai hambaNya...lawatle facebook BIDAYANA BASIRON.tahniah dpt bangunkan blog ni...