Monday, June 22, 2009

banyak cerita terkini

salam buat semua.. umi sebenarnya dah lama nak buka blog untuk my family tapi tak banyak belajar nak buat camne. jadi untuk kawan-kawan yang ikut blog umi terutama mama jidd dan mama azie harap bantu umi.

kat sabah ni umi dan kuaga duk sini nak masuk tahun ke 7. dari 4 feb 2003 hingga sekarang jun 2009.umi ngajar kat SMk beaufort dan abi kat SMK gadong. demi anak bangsa tercinta kami gagahkan diri biarpun sedih meninggalkan kampung halaman kuarga .alhamdulillah ada ank2 sebagai pengubat rindu. buat abg qie, kakak anis dan baby amsyar , kamulah pengarang hati umi wa abi. umi dan abi bina hidup sendiri.

abg syauqi dah tadika dan kakak sek sama abang kat tadika PASTI.sekarang ni abg dah dapat baca buku bagi sukukata yang mudah.alhamdulillah. insya Allah panjang umur kita pulang kampung cuti sek akhir tahun ni. nak balik tiap kali cuti,memang x dapat. maklumlah kuaga kita dah berlima. umi harap abg, kakak dan baby gembira kat sini. sesekali naik kapal terbang tu gembira jugak..

ni gambar pengarang jantung umi dan abi.
Adib Syauqi (29 Nov 2003)
Anis Sufiyyah (03 Ogos 2005)
baby Amsyar Mustaqim (06 Mac 2008).


semoga kalian menjadi anak yang soleh dan solehah.
okey sampai jumpa lagi. abang, kakak dan baby jugak sayang umi.