Tuesday, July 5, 2011

Bekalan di rumah tiangnya dua

Anak2 ku sekalian 
lama sudah umi tak coret apa2 di blog yang semakin lama semakin bersawang ini. kali ni kita kongsikan pasal amalan yang akan kita tuai nanti DI SANA........walaupun pahit sekarang tapi hasilnya nanti amat manis sekali. Perkara ini akan kita bawa bila balik ke rumah "tiangnya dua"

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
Ada tiga perkara amalan manusia yang tidak pernah putusnya mendapat pahala disisi Allah, 
AMAL-JARIAH: Amal Jariah ertinya pekerjaan yang baik umpamanya dia menyumbangkan tenaga atau harta atau fikiran kepada masyarakat untuk pembaikan atau pembiayaan untuk masjid, musolla, madrasah, rumah sakit dan sebagainya maka selagi masjid masih digunakan beribadat, musolla dan madrasah dipakai orang, maka selama itu pula orang tadi mendapat pahala di sisi Tuhan.
Tapi kebanyakan orang berfaham amal jariah itu hanya untuk agama sahaja padahal untuk umum pun termasuk amal jariah juga. Misalnya: Sebuah Jalan atau jambatan yang umum diguna kerosakan, kemudian secara bergotong-royong masyarakat setempat beramai-ramai memperbaiki itupun termasuk amal jariah.
Orang awam berpendapat yang dikatakan amal soleh adalah cuma solat dan puasa saja padahal bukan yang demikian. Yang dimaksudkan dengan kata "amal soleh" adalah perbuatan yang baik, baik dalam pandangan mata umum dan juga pandangan agama. Maka tandanya orang beriman, ialah yang suka melakukan amal kebajikan.
ANAK YANG SOLEH (ANAK YANG BAIK): Sudah jelas jika orang ingin mempunyai anak yang soleh, tidak mudah diperolehi begitu saja. Maka yang pertama wajib atas org tua mengajar anak dengan pendidikan agama. Selain menghantar anaknya ke sekolah umum dan sekolah agama, orang tua juga harus memberi contoh yang baik kepada anaknya dengan melaksanakan perintah agama. InsyaAllah anak itu akan mencontohi orang tuanya.
ILMU YANG DIAJARKAN KEPADA ORANG LAIN: Adapun yang dimaksudkan dengan ilmu adalah bukan ilmu agama sahaja. Ilmu itu adalah umum, ilmu ertinya adalah "Pengetahuan". Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. : "Sempurnanya agama dengan ilmu, sempurnanya dunia juga dengan ilmu."
Jadi tegaslah ilmu apa saja yg telah diajarkan kepada orang lain dan orang lain itu mendapat manfaat dari ilmu tersebut, maka org pertama yang mengajarkannya jika dia seorang muslim dia mendapat pahala yg tidak habis disisi Allah s.a.w.
Misalnya org pandai membetulkan radio rosak kemudian kepandaiannya diajarkan pada orang lain, lalu orang itu mendapat manfaat daripadanya yang disunatkan untuk mencari nafkah, maka orang yang mengajarkannya mendapat pahala "jariyah" dari sisi Allah s.w.t.
Semoga apa yang kita buat diberkati Allah sentiasa.

Saturday, March 20, 2010

blog anak2ku yang dah bersawang..

salammm  ..opsss ada sawang labah2 pulok..maklumlah dah nak stgh tahun umi tak update blog ini...tak tau masa yang ada sering ndak cukup..kalu kira semua orang ada 24 jam tak lbh dan tak kurang..entahlah..kalu nasi ni dah lama bangas ( basi) bukan stakat u tumbuh pohon kayu dan nak petik hasil pun..ik..hikk..
  tahun 2010 ni banyak sangat perkara baru dalam hidup umi.. abg  qie dah masuk tahun, kakak masih truskan blajar kat Pasti tahun dpan masuk pra sek dan baby amsyar pulak genap 2 tahun..
  Rutin harian...

nanti sambung lagi...

Wednesday, January 6, 2010

ingat kematian..






Salam..  tetiba terjumpa artikel pasal kematian.. terhenti sejenak dan terasa diri kerdil dan banyak kekurangan diri.. jadi di copy paste daripada  <rosyani.multiply.com.





TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk engkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

WALLAHUA`LAM

Saturday, November 14, 2009

Raya budak2 4 Ekonomi 09


Salam..
raya puasa baru ni, umi di datangi anak didik yang umi ajar di SMK Beaufort. Ingat juga mereka nak ziarah teratak ustazah. terima kasih
fazilah yang berbaju putih, bila nak praktik tudung atas kepala..

wajah2 murid umi 4 ekonomi
anisah, aisyah, arny, athirah, hasnida dan darnah

Saturday, October 10, 2009

Anak2 ku beraya..

Salam dan selamat sejahtera buat semua.
Nampaknya syawal kian kepenghujung.... umi tak sempat nak postkan cerita ceritik aksi2 kami anak beranak menyambut syawal kat perantauan. Maklum saja, semua perkara kena buat sendiri. kalau tak ...alamatnya tak beraya lah kami..
Kesempatan ini kami anak beranak kat sni nak ucapkan sekali lagi "SELAMAT HARI RAYA...Maaf zahir batin" buat semua terutamanya ahli keluarga kami sebelah nenek mak dan sebelah arwah nenek mek kat Besut.
Buat teman2 umi dan abi, dimana kalian berada ...kami tetap jua ingat. Memori brsama suatu ketika dulu masih kukuh terpahat disanubari.
walaupun abi skit mata tapi tetap raikan raya

di ajak posing tapi nangis pulak baby amsyar ni

kakak dan abang bersama teman sepermainan
ayunya kakak anis

permata hati umi abi menyambut raya
anis dan syauqi




Ucapan Buat Bonda Sharifah


Salam...
Rasa kesyukuran pada Allah SWT kerana masih diberikan ruang untuk bernafas dan bisa meneruskan sisa2 kehidupan yang masih panjang.
Banyak lagi perkara yang perlu dipelajari dan diprktikkan dalam kehidupan.
Yang pasti menuntut ilmu tiada noktahnya dalam hidup insan.
Tatkala ini ku teringat akan ibuku yang nun jauh daripada pandangan mata. Keseorangan tanpa teman suka duka
yang telah kembali ke rahmatullah sejak 3 tahun yang lalu.

APA YANG PASTI........
Hari ini merupakan hari lahir bonda yang ke 71
(10/10/1938).

"Selamat Hari Lahir ...wahai bondaku sayang"
SHARIFAH BT SULAIMAN


Terima Kasih mak...kerana dengan izin-Nya kau telah mengandungkan, melahirkan, menyusukan, menjaga ku dengan penuh kasih dan sayang
sehingga aku mampu hidup berdikari dan membina keluarga sendiri.
Segala usahamu tak mampu kubalas dengan wang ringgit.
Hanya ku panjatkan doa padaNya
agar dikau beroleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

"Ya Allah, berikan ruang usia kepada bondaku
dalam menghabiskan sisa hidupnya berlandaskan ajaranMu ya Allah.
Tabahkan hatinya.
Ampunkan segala dosa2nya nan lalu
Bukakan lembaran baru untuknya
Gembirakan hatinya yang kesunyian dengan ilmu2 yang berguna.
Lindungilah dia daripada sebarang marabahaya dan kesulitan.
Permudahkan segala urusannya daripada sekecil2 sehingga sebesar2 perkara."

Bonda...
walau di mana diri ini berada ...
ku akan tetap ingat padamu kerana
kaulah satu2nya insan keramat yang bertakhta dihatiku sampai akhirnya.


Lagu Buat Ibu Tersayang

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu
-sumber-