Sunday, August 9, 2009

Mok Da cute...



Salam semua..
ni pulak satu2nya adik pompuan abi yang kami panggil nya MOK DA.

Namanya sebenar ialah ROSLIDA bt ZAKARIA, kalu nak tahu mok da kami "single" lagi. tapi bunyi2 dah ada orang chopkan dah. tunggu ajer bila..fuyyo seronoknya dapat kami makan kek free lagi denga sepupu kat kampung nanti..
Mok Da jadi cikgu jugak , dia ngajar kat Sarawak ... sek apa yer..haaaa SMK DALAT, Mukah..
Bulan 3 tahun baru ni, mok da ada datang umah kami kat Beaufort, jadi umi dan abi bawak mok da jalan2 kat Kundasang dan Ranau.. tapi kami ingat umi tak snap gambar banyak sangat. jadi ada skit2 jer boleh kami kongsi kat sni.

Ok....Mok Da nanti jangan lupa beli hadiah untuk kami bertiga..

Saturday, August 8, 2009

Keluarga Cik DEE

Salam semua,
hari ini umi nak post tentang KELUARGA CIK DEE iaitu adik beradik abi yang k3 iaitu ROSDI B ZAKARIA.

Ahli keluarga mereka seramai 5 orang :
 Rosdi b Zakaria
 Rohana

Anak2nya :
 Hajar Aqilah ( 2001)
 Hajar Afifah  (2002)
 Hajar Arifah  (2003)

anak2 umi panggil mama mereka dengan panggilan cik ana.
agaknya bilalah mereka nak tambah "kumbang" dalam famili mereke.hee.hee. yang ada semernya bunga2 yang cun.
ok..

dari kiri : fifah dan efa berbaju kelawar
cik ana dengan baby mustaqim (2008)
masa kami sambut besday tahun 2008
kek di sponsor oleh cik Dee . syukran

Friday, August 7, 2009

Sakit Perut lagi...

Salam semua..

hari ni umi lambat masuk dapur.. gara2 sakit perut .

entah salah apa makan malam tadi... nasib abi x ada kat umah, dia g k.k ada urusan. jadik, dapat umi wat slow2. anak2 makan sarapan tadi masih berbaki..

mungkin ini ujian kecil aje. org lain kna lebih lagi.
ok doakan umi ok deh.. nak masak ni abi pulang mau lunch.... kuatkan hati..

Tagih janji ...


salam...
sian kakak balik2 tagih janji dengan umi bila nak blikan dia kekk. .. sabar sayang . nanti kita buat juga majlis besday kakak.. tnggu yer.. mkin hari raya nanti umi tempah kek spesel untuk kakak dan kita buat skali 4 abi yerk... skrg ni umi x sempat lagi. tau jer le dengan nak siapkan kertas ujian bulan 8 untuk
pelajar t4


Moralnya : jangan janji kalau tak dapat penuhi. hee.... umi la tu. tkna atas batang hidung sendiri.

Syaaban kian ke penghujung..

Salam buat semua...
lama rasanya umi x mencoret apa2 kat my blog ni... bukannya apa tapi sibuk dengan tugas harian sebagai ibu dalam menguruskan rumahtangga dan tugas mengajar di sekolah..
fuhhh.penat !!!! walau bgtu kna ikhlaskan diri...
rupa2nya diam tak diam kita sebenarnya makin menerima kehadiran bulan ramadhan dan ini adalah bulan syaaban nilah kita melunaskan segala puasa 2 yang tertangguh pada masa lalu... bukannya apa takut kena bayar denda  puasa.
jadi umi cuba kongsikan beberapa info mengenai qada, dan fidyah puasa . moga2 jadi panduan untuk kita dalam menambahkan ilmu di dada.
jadi boleh dapatkan melalui laman ni ok
jadik... azam umi tahun ni nak puasa penuh dan alhamdulillah tahun ni tak ganti puasa tahun lepas coz "line clear" hee.heee.
masa puasa tahun lalu,umi tengah ngandungkan baby amsyar...tu jadinya penuh..kalu tak sama jek...
ok buat anak didik umi kat SMK Beaufort baik lelaki dan perempuan , kalu ada yang tak habis lagi ganti posa tahun lepas tu... ganti cepat2 la nanti x dan.. ingat kamu bukan budak2 kecik lagi ..udah baligh semua pun.
ok kita jumpa lagi next coretan...

Tuesday, August 4, 2009

Happy Birthday 4 my lovely husband : RUSLIMI


salam buat semua...
hari ni tanggal 4/8/09 genap usia insan kesayangan umi 30 tahun. selang sehari selepas besday kakak.

For my hubby...
semoga dilimpahkan rahmat dan keberkatan oleh Allah Taala dalam segala apa yang dilakukan

umi dan anak2 doakan agar abi dipanjangkan usia dan
dimurahkan rezeki sentiasa.
Agar kita sekeluarga berada dalam mardhatillah.

PUISI UNTUK SUAMI....agar kau mengerti

Bicara ini buat lelaki bernama suami untuk yang berkongsi bersama di kamar hati…
Yang sentiasa mengharapkan keindahan abadi,
keindahan yang bermula dari sebuah rumahtangga
Untuk dinikmati bersama dengan dengan yang tercinta
Mungkin kata-kata ini akan lebih terasa.. kalau kita luahkan secara bersahaja
namun ada baiknya di ketika-ketika tertentu sentuhan makna dilembutkan,
bahasa diperindahkan agar tidak terguris si dia..
isteri kita yang tercinta.
Ah, perempuan… kata pujangga
mereka seperti angin, lembutnya melenakan, ributnya menggusarkan.
Adakalanya mereka seperti ibu…menyaji kasih, menghidang sayang
Adakalanya mereka seperti anak… ingin dibelai, minta dimanjakan
Sekali-sekala mereka seperti nenek…berleter seadanya, merungut semahunya.
Pertama keikhlasan.
Kedua kebijaksanaan.
Hulurkan simpati, taburkan empati
Kata yang dari hati akan turun ke hati
Ucapkanlah :”Deritamu, di hatiku”
Bila dia merajuk.. pandai-pandailah memujuk
Buka telinga, tajamkan deria
Dengar, amati suaranya
Teliti dengan hati terseni …
Rasional atau emosi?
Kalau ternyata daripada emosi, belailah emosi itu
Jangan dihadapi secara rasional
Mereka tak akan terdaya mengunyah hujah
Berilah seribu sebab, lengkap dengan perangkaan statistik atau dokumen saintifik
Namun.. mereka tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu
Sebaliknya perhaluskanlah kata,
perindahkan bahasa… jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman
Dan kalau itu masih gagal, gunakan sentuhan
Semarakkan belaian.
Masih gagal juga?
Tunggu sahaja rajuknya reda
Emosi isteri bagai riak-riak air di dalam cawan
Jangan digoncang… buat selamba
Lambat laun gelombang akan tenang
Air di cawan kan kita minum jua
Rajuk Semasam Mangga
Tapi awas kalau ternyata merajuknya berfakta
Masamnya berdata, malah ilmiah pula ini rajuk taraf tinggi, yang perlu ditangani berhati-hati.
Kalau ternyata benar, apa salahnya kita terima
Diam dan koreksi diri
Mengaku dan kemudian berjanji tidak akan mengulanginya lagi
Tidak kalah, dengan mengalah Katakan, “Sayang… abang alpa”
Bisikkan, “Darling, I lupa…”
Kemudian hulurkan tangan, pintalah kemaafan
Pendekatan cassanova, tapi hati suci
Kedang-kadang dengan sedikit memberi, kita akan banyak menerima
Merajuk isteri seperti mangga muda
Perisanya masam tetapi… kalau kena cicahnya, enaknya akan terasa
Ingat, api yang panas..padam oleh salju yang dingin.

Buat suamiku
Selamat Hari Lahirmu yang ke 30
&
Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Perkahwinan kita yang ke 6
(23Januari/2003)

Semoga hidup kita akan sentiasa diberkati Allah dan sentiasa dilimpahkan Allah dengan perasaan kasih dan sayang.
Juga, semoga Allah sentiasa memberi petunjuk dan panduan agar kita menjadi ibubapa yang dapat baik untuk generasi pewaris anbiya'nanti.

petik dari http://lutfimj2006.blogspot.com/