Semoga Allah permudahkan segala urusan baik... LA TAHZAN...Kehidupan perlu di teruskan..keberkatan terus didambakan... Ya Allah.. Jadikan kehidupan kami berlandaskan syariatMU.
Monday, July 13, 2009
asyik2 si ikan nemo...
Saturday, July 11, 2009
Pasal bahan pencuci..
Adakah bahan pencuci yang kita gunakan selama ini mengandungi lemak haiwan?

Tahukah anda banyak bahan pencuci dipasaran mengandungi lemak haiwan dan tanpa kita sedari kita adalah salah seorang pengguna bahan pencuci tersebut? Bahan pencuci yang saya maksudkan di sini adalah bahan pencuci pakaian kita sama ada ia dalam keadaan serbuk iaitu kategori sabun atau cecair iaitu kategori detergent. Saya tidak akan menyenaraikan jenis-jenis sabun yang dimaksudkan kerana saya mungkin boleh disaman atas kenyataan tersebut. Namun sebagai pengguna muslim, adalah tanggungjawab kita untuk menjaga kesucian pakaian kita yang kita gunakan seharian untuk beribadah. Maka di sini perlu kita kongsikan bersama pengetahuan bagi menjaga kemaslahatan ummah.
Kebanyakkan produk pencuci yang mengandungi lemak haiwan ini adalah bahan pencuci yang mempunyai jenama dari luar negara, tapi tidak kesemua bahan pencuci luar negara menggunakan lemak haiwan.
Jadi bagaimanakah kita dapat mengetahuinya?
Pernahkah anda merendam pakaian anda dengan larutan sejenis bahan pencuci selama beberapa hari (hampir seminggu) dan pakaian anda menjadi berbau busuk? Bukankah itu satu keadaan yang pelik? Jika anda merendam pakaian anda dengan air paip biasa di dalam baldi selama beberapa hari, pakaian anda tidak akan menjadi sebusuk pakaian yang direndam dengan larutan bahan pencuci tertentu.
Menurut kajian yang dilakukan oleh satu intitusi, bau busuk ini adalah disebabkan olehl emak haiwan yang terdapat dalam bahan pencuci tersebut. Maka, salah satu cara untuk mengetahui adakah sabun yang anda gunakan selama ini mengandungi lemak haiwan atau pun tidak, gunakan cara rendaman ini. Jika rendaman anda berbau busuk maka anda disarankan bertukar kepada bahan pencuci yang tidak berbau busuk walaupun setelah berhari-hari. Serbuk pencuci yang tidak menggunakan lemak haiwan tidak akan menghasilkan bau busuk walaupun direndam pada tempoh yang lama. Jika anda prihatin terhadap isu ini sila kongsikan bersama rakan anda.
Pilihlah produk yang dihasilkan oleh pengeluar muslim yang dijamin kesucian bahan yang digunakan.
sama2 kita fikir
tahu ke idak??????
jadi sambil2 tunggu abi pulang dan anak2 masih main2 lagi, umi cuba nak share sesuatu ilmu yang belum tentu kita semua tahu. umi sendiri pun baru tahu ... tulah menimba ilmu jangan terhenti setakat di bangku sek aje.. tuntutlah ia sampai ke mana2 pu hatta ke nogori China dan sampai keliang lahad. betulkan !!!!!!
ok..ni dia . baca dan jawab sendiri... (tahu ke idak??) kalu tahu alhamdulillah, kalau tak kita sama2 amik tahu.
(1) Andai kesemua bungkah ais batu- dianggarkan 23 juta kilometer padu di dunia cair pada satu ketika, kandungan air lautan meningkat 1.7 peratus. Peningkatan yang sedikit ini bagaimanapun menaikkan paras air sehingga 60 meter daripada yang sediada. Jika ini berlaku, sebahagian besar tanah daratan di dunia akan berubah menjadi lautan.
(2) Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.
(3) Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.
(4) Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune.
semoga mendapat berkat dengan ilmu ini. Insya Allah
jendela hati...

wah nampaknya mata umi tak ngantuk2 lagi, berabis dgn tnet sejak kul 10 td. bru ingat tadi siang byk gak umi "tertiduuur" jd mlm ni jadi burung hantu yang cerah bijik mata. and my kids bersama my hubby dah syok di ulit mimpi.....jejadik..sambil2 layan blog kwn2 dan pautan yang lain, baru ku sedari, rupanya banyak jugak maklumat berguna yang umi dapat ambil kat sini. padanlah kata2 yang pernah dongar "maklumat dihujung jari"
alhamdulillah dengan kemudahan yang ada. umi harap moga Allah jauhkan daripada perkara yang LAGHA dn apa yang dicari mendapat mardhatillah.
Duk tgh 2 bc pautan, umi terjumpa 1 lirik nasyid yang dulu2 amat tersohor gtu.. jadi teringat kat kawan2 lama: kat sek rendah (SKKgB), kat sek men (SMKANI) , pastu kat KUSZA, dan kengkawan kat UPM... espc. mahani, kdilla, derr, kak ani, knik, mc gee dan ramai lagi... korang ku harap ok slalu..
mehhhh.. kta layan alunan nurani dan bernasyid sama2 ,moga hati kita menjadi sedamai 2nya spti mana lirik nasyid ni dalam melakukan perkara yang bermanfaat. aminn.
JENDELA HATI
Album : Ya Rasulullah
Munsyid : Saujana
http://liriknasyid.com/
Aku ingin hidup secerah mentari
yang menyinar ditaman hatiku
Aku ingin seriang kicauan burung
yang terdengar di jendela kehidupan
Aku ingin segala - galanya damai
Penuh mesra membuat ceria
Aku ingin menghapus duka nan lara
Melerai rindu di dalam dada
Sedamai pantai pantai yang memutih
Sebersih titisan embunan pagi
Dan ukhuwah kini pasti berputik
Menghiasi taman kasih yang harmoni
Seharum kesturi seindah pelangi
Segalanya bermula disini
Seharum kasturi seindah pelangi
Segalanya bermula disini
Aku ingin hidup secerah mentari
yang menyinar ditaman hatiku
Aku ingin seriang kicauan burung
yang terdengar di jendela kehidupan
Sedamai pantai pantai yang memutih
Sebersih titisan embunan pagi
Dan ukhuwah kini pasti berputik
Menghiasi taman kasih yang harmoni
P/s: ish2 teringat zaman sekolah dolu2 kat SMKANI ( tok Jembal) ... ateh norr, alang murni, yong zila, chek niah, achik azela, jid, long izawati, ngah nora dan kengkawan yang lain moga kalian bahagia dengan apa jua yang dilakukan. jangan lupa su kat sni...
Ingatan tentang WABAK H1N1
Wabak dan penyakit berjangkit menurut pandangan Islam.
Mukaddimmah
Seperti yang diketahui penyakit selsema babi atau virus H1N1 telah menjadi wabak yang merbahaya. Negara kita telah menjangkau 58 orang yang disahkan dan Mesir 40 orang. Malahan dalam berita ikhwanonline menyatakan kemungkinan virus selesema babi ini akan bergabung dengan virus selsema burung. Ia akan menjadi lebih merbahaya.
Disini ada 9 perkara berkenaan dengan pandangan Islam terhadap penyakit berjangkit dan wabak ini seperti berikut:
1. Berlakunya jangkitan (infection) penyakit adalah diakui oleh Nabi saw.
Nabi saw bersabda:فر من المجزوم كما تفر من الأسد“
Larilah dari orang yang berpenyakit kusta seperti kamu lari dari singa.” (Hr Bukhari)
Ini adalah suruhan Nabi saw kepada umatnya berhati-hati ketika bermuamalat dengan pesakit yang membawa penyakit yang boleh berjangkit.
2. Penularan dan merebaknya penyakit memerlukan kepada syarat-syarat yang ketat.
Oleh itu Nabi saw menafikan penularan ini:لاَ عَدْوَى“Tidak ada jangkitan penyakit tanpa sebab.” (Hr Bukhari)Setiap penyakit yang berjangkit ada cara-cara tertentu, ada yang berjangkit melalui makan dan minum, ada yang melalui darah dengan suntikan, ada yang melalui hubungan jenis dan sebagainya.
Hadis menafikan jangkitan penyakit tanpa sebab dan dengan cara jangkitan yang sebenarnya.
3. Dalam keadaan yang diperlukan orang yang sihat boleh bersama pesakit dengan berserah pada Allah swt. Jabir bin Abdullah ra telah meriwayat:أن رسول الله صلى الله عليه وسلم أخذ بيد مجذوم فأدخلها معه في القصعة ثم قال : كل بسم الله ثقة بالله وتوكلا عليه" Sesungguhnya Rasulullah saw mengambil tangan pesakit kusta (leprosy), lalu mengajaknya makan bersama dalam satu bekas.
Nabi saw bersabda “Makanlah dengan nama Allah, berpegang teguh kepada Allah dan berserah padaNya.” (Hr Tirmizi)
Oleh itu sesiapa yg bertanggung jawab utk brsama pesakit yg berjangkit ini seperti pegawai dan petugas perubatan hendaklah yakin dgn Allah dan meminta perlindungan kepadaNya.
4. Pengasingan pesakit berjangkit dari orang-orang yg sihat (isolation).
Nabi saw bersabda:لا يوردن ممرض على مصح"Pesakit yang berjangkit tidak boleh mendatangi orang yang sihat.” (Hr Bukhari)
Nabi saw bersabda:كلم المجزوم وبينك وبينه قيد رمح أو رمحين“Bergaullah bersama pesakit kusta dengan jarak selembing atau dua lembing.” (Hr Abu Nu’aim)
Hadis2 ini menunjukkan bahawa perlunya pengasingan diantara orang yang sihat dengan pesakit yg berjangkit ini. Ini untuk mengelakkan jangkitan penyakit dan penularannya ke dalam masyarakat.
Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali menegah pesakit kusta dari bersama orang yang sihat.
5. Kuarantin (quarantine) dalam Islam.
Kuarantin adalah menghadkan pergerakan orang-orang yang sihat yang pernah bersama dengan pesakit yang berjangkit pada satu tempat dalam masa penyakit itu boleh berjangkit.
Tujuan utamanya adalah supaya dapat mengelakkan dari penyakit berjangkit itu menular ke dalam masyarakat yg sihat. Walaupun mereka ini dilihat sihat tetapi ada kemungkinan penyakit sudah berjangkit kepada mereka dan gejala penyakit itu belum timbul kerana masa lagi diperingkat permulaan.
Nabi saw bersabda:الطاعون أية الرجز ابتلى الله عز وجل به أناسا من عباده فإذا سمعتم به فلا تدخلوا عليه وإذا وقع بأرض وأنتم بها فلا تفروا منه“Taun (plague) adalah tanda kemurkaan Allah yang mana Allah menguji hamba-hambanya. Apabila kamu mengetahui adanya penyakit itu di sebuah tempat janganlah kamu masuk ke tempat itu. Apabila kamu berada di tempat yang ada penyakit taun (atau penyakit berjangkit lain) janganlah kamu lari keluar darinya.” (Hr muslim)
6. Syahid kepada orang yang mati kerana penyakit wabak (epidemics).
Aisyah ra bertanya berkata:سألت رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الطاعون فأخبرني أنه عذاب يبعثه الله على من يشاء وأن الله جعله رحمة للمؤمنين ليس من أحد يقع الطاعون فيمكث في بلده صابرا محتسبا يعلم أنه لا يصيبه إلا ما كتب الله له إلا كان له مثل أجر الشهيد“
Aku bertanya Rasulullah saw tentang wabak taun. Baginda menjawab itu adalah azab yang Allah turunkan kepada sesiapa yang Allah kehendaki. Allah akan jadikan penyakit itu sebagai rahmat kepada orang-orang beriman. Tidak ada sesiapa yang terkena taun dan duduk tetap di negerinya dalam keadaan sabar, mengharapkan ganjaran Allah dan yakin ia adalah hanya ketetapan ilahi melainkan Allah akan memberinya pahala syahid.” (Hr Bukhari)
7. Islam menggalakkan umatnya berusaha mengelakkan dari penyakit.
Antara ushanya adalah tidak masuk ke tempat yang ada penyakit berjangkit atau wabak.
Ini jelas apa yang berlaku kepada Saidina Umar ketika mana beliau hendak masuk ke dalam Syam. Apabila beliau mengetahui di syam berlakunya wabak taun, dia berpatah balik dan tidak jadi masuk ke syam.
Lalu Abu Ubaidah al-Jarrah berkata:أفرارا من قدر الله؟“Adakah engkau cuba lari dari ketentuan Allah?”
Umar menjawab:لو غيرك قالها يا أبا عبيدة نعم نفر من قدر الله إلى قدر الله“Alangkah baik sekiranya kata-kata ini diucapkan oleh orang lain. Ya, kami lari dari ketentuan Allah kepada ketentuan Allah.” (Hr Bukari)
8. Doa Qunut Nazilah kerana wabak.
Mazhab Syafie dan Hanafi berpendapat sunat qunut nazilah dalam solat untuk menghindarkan taun dan penyakit wabak yang lain.
Mazhab Maliki mengatakan sunat solat bukannya doa qunut.
Mazhab Hambali menyatakan bahwa tidak disyariatkan qunut untuk menghindarkan wabak kerana berlaku wabak taun pada zaman saidina Umar dan beliau tidak qunut dan tidak menyuruh orang lain qunut.
9. Sengaja memindahkan penyakit berjangkit kepada orang lain.
Menyebabkan kemudaratan kepada orang lain adalah perkara yang dilarang.
Nabi saw bersabda:لا ضَرَرَ وَلا ضِرَارَ“Janganlah menyebabkan kemudaratan kepada diri sendiri dan orang lain.” (Hr Ibnu Majah)
Persidangan Islam yang diadakan di Dubai pada tahun 1415 hijrah telah menyatakan bahwa senghaja memindahkan penyakit yang berjangkit seperti AIDS kepada orang lain adalah dosa besar dan berhak untuk mendapat hukuman yang berat. Perbuatan ini dianggap pembunuhan dengan senghaja yang mewajibkan qisas jika membawa kematian mangsa.
MOGA KITA DIJAUHKAN DARIPADA WABAK INI. SESUNGGUHNYA HANYA ALLAH YANG MAHA BERKUASA DALAM MERENCANAKAN SESUATU.
Rujukan: Mausuah Feqhiah Tibbiah oleh Dr Ahmad Kan’an, Fathul Bari oleh Imam Ibnu Hajar dan Jawahir Lukluiyyah oleh ad-Dimyati.
Friday, July 10, 2009
sepupu sebelah abi pulak..
ok kita lihat list yang umi nak paparkan......kat sni chik dah cuma dapat tulis nama kamu saje tak dapat nama penuh cz lum dpt maklumat lagi. kalu salah ..sorrry...
(1) NOR SYAHIRAH HUSNA BT ROSLI [1998]
(2) NOR SYAFIKAH HANIM BT ROSLI [2000]
(3) NOR IWANI NAJWA BT ZAM RAHUDI [2001]
(4) HAJAR AQILAH BT ROSDI [2001]
(5) HAJAR AFIFAH BT ROSDI [2002]
(6) NOR SYAZWINA BT ROSLI [2002]
(7) HAJAR ARIFAH BT ROSDI [2003
(8) Adib Syauqi b Ruslimi [2003]
(9) MUAZ HAFIZ B ZAM RAHUDI [2004]
(11) Amsyar Mustaqim b Ruslimi [2008]
dari kiri : ayu bertudung k.syahirah dan k.fiqah, pakai bju gaun kuning efa, fifah, wina bju merah, syauqi, baju biru diblakang hajar dan najwa, sufiyyah baju kuning dan kat depan skali tuula muaz.
baby amsyar x der lagi masih kat dalam perut umi....
satu lagi masa kami g zoo taiping dengan cik dee , cik man dan atuk..