Friday, August 7, 2009

Sakit Perut lagi...

Salam semua..

hari ni umi lambat masuk dapur.. gara2 sakit perut .

entah salah apa makan malam tadi... nasib abi x ada kat umah, dia g k.k ada urusan. jadik, dapat umi wat slow2. anak2 makan sarapan tadi masih berbaki..

mungkin ini ujian kecil aje. org lain kna lebih lagi.
ok doakan umi ok deh.. nak masak ni abi pulang mau lunch.... kuatkan hati..

Tagih janji ...


salam...
sian kakak balik2 tagih janji dengan umi bila nak blikan dia kekk. .. sabar sayang . nanti kita buat juga majlis besday kakak.. tnggu yer.. mkin hari raya nanti umi tempah kek spesel untuk kakak dan kita buat skali 4 abi yerk... skrg ni umi x sempat lagi. tau jer le dengan nak siapkan kertas ujian bulan 8 untuk
pelajar t4


Moralnya : jangan janji kalau tak dapat penuhi. hee.... umi la tu. tkna atas batang hidung sendiri.

Syaaban kian ke penghujung..

Salam buat semua...
lama rasanya umi x mencoret apa2 kat my blog ni... bukannya apa tapi sibuk dengan tugas harian sebagai ibu dalam menguruskan rumahtangga dan tugas mengajar di sekolah..
fuhhh.penat !!!! walau bgtu kna ikhlaskan diri...
rupa2nya diam tak diam kita sebenarnya makin menerima kehadiran bulan ramadhan dan ini adalah bulan syaaban nilah kita melunaskan segala puasa 2 yang tertangguh pada masa lalu... bukannya apa takut kena bayar denda  puasa.
jadi umi cuba kongsikan beberapa info mengenai qada, dan fidyah puasa . moga2 jadi panduan untuk kita dalam menambahkan ilmu di dada.
jadi boleh dapatkan melalui laman ni ok
jadik... azam umi tahun ni nak puasa penuh dan alhamdulillah tahun ni tak ganti puasa tahun lepas coz "line clear" hee.heee.
masa puasa tahun lalu,umi tengah ngandungkan baby amsyar...tu jadinya penuh..kalu tak sama jek...
ok buat anak didik umi kat SMK Beaufort baik lelaki dan perempuan , kalu ada yang tak habis lagi ganti posa tahun lepas tu... ganti cepat2 la nanti x dan.. ingat kamu bukan budak2 kecik lagi ..udah baligh semua pun.
ok kita jumpa lagi next coretan...

Tuesday, August 4, 2009

Happy Birthday 4 my lovely husband : RUSLIMI


salam buat semua...
hari ni tanggal 4/8/09 genap usia insan kesayangan umi 30 tahun. selang sehari selepas besday kakak.

For my hubby...
semoga dilimpahkan rahmat dan keberkatan oleh Allah Taala dalam segala apa yang dilakukan

umi dan anak2 doakan agar abi dipanjangkan usia dan
dimurahkan rezeki sentiasa.
Agar kita sekeluarga berada dalam mardhatillah.

PUISI UNTUK SUAMI....agar kau mengerti

Bicara ini buat lelaki bernama suami untuk yang berkongsi bersama di kamar hati…
Yang sentiasa mengharapkan keindahan abadi,
keindahan yang bermula dari sebuah rumahtangga
Untuk dinikmati bersama dengan dengan yang tercinta
Mungkin kata-kata ini akan lebih terasa.. kalau kita luahkan secara bersahaja
namun ada baiknya di ketika-ketika tertentu sentuhan makna dilembutkan,
bahasa diperindahkan agar tidak terguris si dia..
isteri kita yang tercinta.
Ah, perempuan… kata pujangga
mereka seperti angin, lembutnya melenakan, ributnya menggusarkan.
Adakalanya mereka seperti ibu…menyaji kasih, menghidang sayang
Adakalanya mereka seperti anak… ingin dibelai, minta dimanjakan
Sekali-sekala mereka seperti nenek…berleter seadanya, merungut semahunya.
Pertama keikhlasan.
Kedua kebijaksanaan.
Hulurkan simpati, taburkan empati
Kata yang dari hati akan turun ke hati
Ucapkanlah :”Deritamu, di hatiku”
Bila dia merajuk.. pandai-pandailah memujuk
Buka telinga, tajamkan deria
Dengar, amati suaranya
Teliti dengan hati terseni …
Rasional atau emosi?
Kalau ternyata daripada emosi, belailah emosi itu
Jangan dihadapi secara rasional
Mereka tak akan terdaya mengunyah hujah
Berilah seribu sebab, lengkap dengan perangkaan statistik atau dokumen saintifik
Namun.. mereka tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu
Sebaliknya perhaluskanlah kata,
perindahkan bahasa… jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman
Dan kalau itu masih gagal, gunakan sentuhan
Semarakkan belaian.
Masih gagal juga?
Tunggu sahaja rajuknya reda
Emosi isteri bagai riak-riak air di dalam cawan
Jangan digoncang… buat selamba
Lambat laun gelombang akan tenang
Air di cawan kan kita minum jua
Rajuk Semasam Mangga
Tapi awas kalau ternyata merajuknya berfakta
Masamnya berdata, malah ilmiah pula ini rajuk taraf tinggi, yang perlu ditangani berhati-hati.
Kalau ternyata benar, apa salahnya kita terima
Diam dan koreksi diri
Mengaku dan kemudian berjanji tidak akan mengulanginya lagi
Tidak kalah, dengan mengalah Katakan, “Sayang… abang alpa”
Bisikkan, “Darling, I lupa…”
Kemudian hulurkan tangan, pintalah kemaafan
Pendekatan cassanova, tapi hati suci
Kedang-kadang dengan sedikit memberi, kita akan banyak menerima
Merajuk isteri seperti mangga muda
Perisanya masam tetapi… kalau kena cicahnya, enaknya akan terasa
Ingat, api yang panas..padam oleh salju yang dingin.

Buat suamiku
Selamat Hari Lahirmu yang ke 30
&
Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Perkahwinan kita yang ke 6
(23Januari/2003)

Semoga hidup kita akan sentiasa diberkati Allah dan sentiasa dilimpahkan Allah dengan perasaan kasih dan sayang.
Juga, semoga Allah sentiasa memberi petunjuk dan panduan agar kita menjadi ibubapa yang dapat baik untuk generasi pewaris anbiya'nanti.

petik dari http://lutfimj2006.blogspot.com/




Sunday, August 2, 2009

BIRTHDAY KAKAK : puisi untuk permata hati kami ....Anis Sufiyyah...

SALAM SEMUA...
alhamdulillah. hari ni 3/8/09 genap usia kakak.... 4 tahun.
Selamat Hari Lahir Sayang...moga Allah memberkatimu nak.

Umi doakan agar dikau menjadi seorang anak yang berguna pada suatu hari nanti. menjadi wanita yang solehah dan taat mengikut ajaran Islam..
umi juga berharap semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.... hidup dalam suasana ceria dan gembira.
Di sini, umi nukilkan puisi buatmu yang umi sendiri pinjam kata2nya dari hamba Allah yang kreatif .. maklum aje bab2 kreatif ni tiada pada umi apatah lagi nak hasilkan puisi yang indah ...tapi tak pelah , puisi ini pun menggambarkan rasa hati umi buat mu...
seterusnya, umi akan cuba menyayangi mu sepenuh hati dan terus mendidikmu supaya menjadi anak yang baik seiring dengan abang dan adikmu amsyar.. ini harapan seorang ibu..
nanti kita celebrate sama2 dengan kuaga kita, bila dan di mana umi tak dapat janji lagi, right..

kek sempena besday kakak yea yang umi pinjam daripada pakcik google.. yummm sedapnya..



Puisi untuk mu nak...Agar kau mengerti ...
Anakku ANIS,
Bila umi boleh memilih
Apakah umi berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungmu
Maka umi akan memilih mengandungkanmu
Kerana dalam mengandungmu umi merasakan keajaiban dan kebesaran Allah
Sembilan bulan nak, engkau hidup di perut umi
Engkau ikut kemanapun umi pergi
Engkau ikut merasakan ketika jantung umi berdetak kerana kebahagiaan
Engkau menendang rahim umi ketika engkau merasa tidak nyaman,
kerana umi kecewa dan berurai air mata
Anakku ANIS,
Bila umi boleh memilih apakah umi harus operasi caesar,
atau umi harus berjuang melahirkanmu
Maka ibu memilih berjuang melahirkanmu
Kerana menunggu dari jam ke jam, minit ke minit kelahiranmu
Adalah seperti menunggu untuk memasuki salah satu pintu syurga
Kerana kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan keluar ke dunia
Sangat umi rasakan
Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua
Malaikat tersenyum diantara peluh dan erangan rasa sakit ,
Yang tak pernah bisa umi ceritakan kepada siapa pun
Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia
Saat itulah… saat paling membahagiakan
Segala sakit & derita sirna melihat dirimu yang merah,
Mendengarkan abimu mengumandangkan azan,
Kalimat syahadat kebesaran Allah dan penetapan hati tentang
junjungan kita Rasulullah di telinga mungilmu
Anakku ANIS,
Bila umi boleh memilih apakah umi berdada indah, atau harus bangun
tengah malam untuk menyusuimu,
maka umi memilih menyusuimu,
Kerana dengan menyusuimu umi telah membekali hidupmu dengan
titisan² dan tegukan² yang sangat berharga
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu didada umi dalam pelukan umi,
Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak bisa rasakan
Anakku ANIS,
Bila umi boleh memilih duduk berlama-lama di ruang rapat
Atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle
Maka umi memilih bermain puzzle denganmu
Tetapi anakku
Hidup memang pilihan
Jika dengan pilihan umi , engkau merasa sepi dan merana
Maka maafkanlah nak
Maafkan umi….Maafkan umi
Percayalah nak, umi sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita ,
agar tidak ada satu keping pun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang
Percayalah nak....
Sepi dan ranamu adalah sebahagian duka umi
Percayalah nak.....
Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa umi.
dan kau adalah mawar dalam keluarga kita..
sekadar adaptasi...
Dikutip dari Puisi Hati Ratih Sanggarwati

Saturday, August 1, 2009

Hebahan : KURSUS INTENSIF PERUBATAN ISLAM

salam buat semua..
n3 umi kali ni nak membantu abi dalam mempromosikan
penyertaan
KURSUS INTENSIF PERUBATAN ISLAM

KINI DI SABAH ...............
bimbingan
YG BERBAHAGIA AL-FADHIL TUAN GURU DATO' HAJI ISMAIL B KAMUS.
(Pengasas dan penasihat Persatuan Kebajikan Pengamal Perubatan Islam Darussalam-Gombak Selangor)
Kursus ini adalah anjuran bersama :
 YAYASAN AMAL MALAYSIA CAWANGAN SABAH

Objektif kursus :

  • Meningkatkan pengetahuan Fardhu Kifayah tentang ilmu perubatan Islam warisan ulama' silam

  • Menyambung Salasilah Perguruan Bersanad Sahih tanpa wujud unsur tahyul, syubhah dan terpesong dari akidah Islam

  • Membantu masyarakat memahami kaedah rawatan Islam dan perguruan yang berasaskan disiplin ilmu

  • Melahirkan perawat2 yang mengamalkan kaedah rawatan Islam dan perguruan yang sahih menggunakan ayat2 suci Al-Quran dan doa2 terpilih

  • Sebagai wasilah penerusan ilmu daripada tuan guru kepada pelatih/perawat dengan harapan ilmu perubatan yang diijazahkan akan digunakan untuk membantu masyarakat.

  • Membantu masyarakat negeri Sabah yang mengalami masalah berkaitan gangguan fizikal dan makhluk halus

BUTIRAN KURSUS :
  • TEMPAT : Dewan Hotel Borneo Golf Resort- Bongawan ,Sabah
  • TARIKH : 15 & 16 Ogos 2009 (SABTU DAN AHAD)
  • YURAN PENYERTAAN : RM 600  ( buku kuliah, makan 5x dan kertas edaran)
  • BILANGAN PENYERTAAN :  70 Orang
Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus ini boleh menghubungi WAKIL2 yang berikut :
  1. Daerah Beaufort : Ust Ruslimi (0138881566) / Ust Ghazali (0198208489)/ Ust Zizi (0138666996)/Ust Zamri (0138664437)/     Ust Maraslan (0198726245)
  2. Daerah Sipitang : Ust Zamzuri (0138757034)
  3. Daerah Kota Kinabalu : Ust Zahar (0138680176)
  4. Daerah Kota Marudu : Ust Khairul (0139807431)
.....SILA DAPATKAN BORANG PENYERTAAN DARIPADA WAKIL KAMI.....