Friday, September 18, 2009

Doa hari ke 28 Puasa


"Ya Allah, hiasi aku dengan rahmat-Mu 
dan berikan petunjuk serta penjagaan-Mu.
Bersihkan hatiku dengan fitnah,
wahai Tuhan yang Maha Pengasih kepada orang yang beriman"

Doa hari ke 27 Puasa


"Ya Allah berilah rezeki berbentuk ganjaran lailatulqadar kepadaku,
ubahkan perkara sulit menjadi mudah,
makbulkan permintaanku,
maafkan daku ya Allah serta hapuskan kesalahanku,
wahai Tuhan yang Maha Penyayang kepada hamba yang salih"

Doa hari ke 26 Puasa


"Ya Allah, jadikan usahaku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri,
dosaku sebagai dosa yang diampuni,
kebaikanku sebagai kebaikan yang diterima dan
keaiban yang ditutup jua dilindungi.
wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar"

Doa hari ke 25 Puasa




"Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai Auliya'-Mu dan memusuhi musuh-Mu.
Jadikan aku pengikut sunnah Nabi-Mu,
Wahai penjaga hati para Nabi"

Thursday, September 17, 2009

Mangkuk tiga tingkat


         
Al-Kisah....Mukmin meninggalkan kampung kerana mendapat pekerjaan dibandar raya Kuala Lumpur. Beliau menyewa rumah di sentul bersendirian. Di sebabkan tidak tahu memasak, Mukmin membayar upah makan pada seorang makcik yang tinggal berhampiran dengan bayaran RM50 sebulan untuk dua kali makan iaitu siang dan malam. Air masak sendiri. Pada tahun 1970-an ketika itu, RM50 adalah murah untuk 2x makan. Pada bulan Ramadhan, makcik itu menyediakan makanan untuk berbuka dan bersahur.
           Untuk bersahur, anak dara makcik itu, Zaiton, datang ke rumah Mukmin seawal jam 4 pagi. Pada hari pertama, Zaiton membawa mangkuk 3 tingkat- yang bawah sekali nasi, yang k2 sayur dan atas sekali adalah gulai untuk juadah bersahur Mukmin. Setiba Zainton bersama adikya di rumah Mukmin, Zaiton mengetuk rumah Mukmin sambil memanggil "abang Mukmin, abang Mukmin...nasi dah sampai". Mendengar saja laungan itu, Mukmin bergegas bangun dan membuka pintu. Sambil tersenyum, Zaiton menyerahkan mangkuk 3 tingkat itu kepada Mukmin sambil berkata dengan lembut, "makan ya bang Mukmin...nanti sejuk". Mukmin terus mengambil makanan itu dan terus makan apabila mendengar nasihat Zaiton.
        Pada sahur hari k2, Zaiton datang lagi dan mengetuk rumah Mukmin. "abang Mukmin....abang Mukmin...".Kali ini agak lama juga Zaiton menunggu, barulah Mukmin bangun. Sambil tersenyum Zaiton berkata lagi, "makan ya bang Mukmin , nanti sejuk, tak sedap pulak". Mukmin mengambil mangkuk tingkat itu ke dalam. Disebabkan terlalu mengantuk, Mukmin baring2 di atas katil dan kemudian bangun untuk makan, betul2 sebelum waktu imsak berakhir.
              Pada sahur k3, Zaiton datang mengetuk pintu rumah Mukmin lagi. Kali ini agak lam sebab Mukmin ' tidur mati'. Akhirnya, Mukmin bangun terhoyong-hayang kerana terlalu mengantuk. Sebelum pergi Zaiton berpesan, "makan cepat, nanti sejuk". Tapi kali ini dengan nada berbeza daripada 2 malam sebelumnya. Dalam hati Zaiton berkata, "kau nak makan, makanlah, kau tak mahu makan, kau punya pasallah".
          Mukmin membawa makanan itu masuk ke dalam rumah dan terus menyambung tidurnya. adisebabkan terlalu letih, dia tertidur sampai kepagi. Pagi itu, Mukmin bersarapan dengan makanan dalam mangkuk3 tingkat itu.
              Untuk sahur hari ke4, Zaiton mengetuk pintu rumah Mukmin sambil melaungkan dengan suara yang tinggi. "Mukmin, Mukmin, Mukmin, mukmin," dan pada masa yang sama mengetuk pintu bertalu2. Jika malam sebelumnya dia melaungkan dengan panggilan abg Mukmin, pagi itu dia memanggil Mukmin sahaja. Di sebabkan terlalu kuat laungan dan ketukan pintu itu, jiran2 membuka lampu dan ada yang membuka tingkap. Setelah puas  mengejutkannya, akhirnya Mukmin bangun dalam keadaan separuh sedar. Sewaktu Zaiton menghulurkan mangkuk 3 tingkat itu, Mukmin berpesan, "mulai esok malam, Zaiton tak payah ketuk pintu lagi, letak saja makanan di luar pintu tu, nanti abang bangun dan ambil sendiri."
               Sahur kelima, jiran Mukmin tidak lagi diganggu kerana Zaiton yang datang kira2 jam 4 pagi itu hanya meletakkan mangkuk 3 tingkat itu di hadapan rumah Mukmin. Setiap pagi selepas itu, sesiapa saja yang lalu lalang di situ akan melihat mangkuk 3 tingkat di depan rumah Mukmin. Hanya selepas jam 8 pagi, baru kelihatan tangan tanpa badan mengambil mangkuk itu.
              Moralnya :  Mukmin mungkin mengambil mangkuk tadi untuk mencucinya kerana tak sedar untuk bangun sahur ataupun memang sejak hari itu Mukmin tak puasa dan makan sembunyi2 dalam rumah sewanya. Jangan sengaja tinggal posa tanpa sebab.. BERDOSA TAU!!!!

Tuesday, September 15, 2009

Doa Hari ke 24 Puasa


"Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu perkara yang mendatangkan keredhaan-Mu.
Aku berlindung dengan-mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan-Mu.
Aku bermohon kepada-Mu kemampuan untuk mentaati-Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap-Mu,
Wahai Pemberi kepada yang meminta"

Sunday, September 13, 2009

Pengasuh geng 3A

salam semua..
nampaknya ramadhan makin meninggalkan kita.. moga2 puasa yang kita lakukan diterima Allah.
kali ini umi nak entry gambar makcik yang bekerja dengan kami. dialah yang menjaga abang, kakak dan adik selama umi dan abi pergi kerja setiap hari bermula jam 6.30 hingga 2.00 petang.
Namanya Makcik Ross, tinggal kat kampung Lumatai. Kerja dengan umi sejak umur abg syauqi 3 bulan (2003) sehinggalah adik lahir tahun 2008 sampai sekarang. Geng 3A panggil nya dengan panggilan nenek.

alhamdulillah, umi dah anggap dia seperti mak sendiri memandangkan umurnya sama dengan arwah mek. Sama telah lagi duk kat sini jauh daripada keluarga. jadi ada yang lebih tua rasa macam dekat dengan keluarga.
 Insya Allah , selama mana umi sekeluarga kat Sabah, dia yang jaga anak2 umi.
Terima Kasih Makcik. Moga kamu sekeluarga sejahtera.

Saturday, September 12, 2009

Doa Hari ke 22 Puasa


"Ya Allah, bukakan bagiku pintu kelebihan
dan turunkan bagiku pintu keberkatan-Mu.
Berilah kepadaku kekuatan untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredhaan-Mu
dan tempatkan aku dalam syurga-Mu yang luas,
Wahai Penjawab doa orang dalam kesempitan"

Friday, September 11, 2009

Doa Hari ke 6 Puasa

"Ya Allah, berkatilah apa juanya yang aku lakukan.
Berilah daku sebahagian daripada rezeki-Mu yang memang tidak terhitung banyaknya.
Jadikan aku hamba yang bersyukur atas kurniaan-Mu.
Bimbinglah aku ke jalan yang Kau redhai.
Bukakan hatiku untuk mentaati perintah agama
Wahai Tuhan yang Maha kaya dengan nikmat dan keampunan"

Doa Hari ke 21 Puasa

"Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapatkan
keredhaan-Mu.
Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diriku.
Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagiku nanti,
Wahai Pelaksana keperluan orang meminta"

Doa Hari ke 20 Puasa

"Ya Allah, bukakan bagiku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu neraka.
Berilah kemampuan kepadaku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran,
Wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman "

Doa Hari ke 19 Puasa

"Ya Allah, penuhkan bahagianku dengan keberkatan.
Mudahkan bagiku menuju ke arah kebaikan.
Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan,
Wahai Pemberi petunjuk kepada kebenaran"

Doa Hari ke 18 Puasa

"Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan.
Terangkan hatiku secerah cahaya.
Bimbingilah aku serta anggotaku untuk mengikuti segala ajaran-Mu,
dengan cahaya-Mu Wahai penerang hati orang yang bijak"

Doa Hari ke 17 Puasa

"Ya Allah, tunjukkan bagiku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-citaku,
Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan.
Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk.
Selawat dan salam ke atas
Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda yang suci"

Doa Hari ke 16 Puasa

"Ya Allah, berilah kemampuan kepadaku untuk menjalani kehidupan seperti orang yang baik.
Jauhkan bagiku kehidupan orang yang melakukan kejahatan.
Lindungilah aku dengan rahmat-Mu sehingga ke alam akhirat,
demi ketuhanan-Mu,
Wahai Tuhan Sekalian Alam"

Doa Hari ke 15 Puasa

"Ya Allah, limpahkan rezeki kepadaku berupa ketaatan orang yang khusyuk.
Lapangkan dadaku dengan taubat orang yang menyesal,
dengan keamanan-Mu , Wahai keamanan orang yang takut"

Doa Hari ke 14 Puasa

"Ya Allah jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang aku lakukan.
Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan,
janganlah Kau jadikan diriku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan-Mu
Wahai kemuliaan kaum muslimin"

Ujian Allah dibulan Ramadhan

Salam semua..
alhamdulillah dalam melewati Ramadhan yang masih lagi berbaki  9 hari , kami sekeluarga diuji Allah dengan satu ujian yang mana menguji kami dibulan penuh berkat ini. Bermula dengan anak umi [syauqi], terkena sakit mata, yang kena sebelah jer..lamanya memakan masa 2 minggu, bermula buka cuti sekolah penggal kedua sehingga minggu ke2 puasa. Segala ubat dibubuh dan tak lupa umi titiskan susu ibu  dan ternyata ianya berkesan. dalam tempoh itu jugalah, abg tak pergi sekolah, kononnya takut berjangkit kat kawan2 pulak.
Apabila reda....[anis] pulak kena ..tapi tak lama beberapa hari saje.. cuma merah kedua belah matanya
pastu kini berjangkit pula pada hubby, alahai kedua2 matanya merah dan nak membengkak. sebenarnya awal tahun dulu sudah kena... entahlah ..itu tandanya Allah sayangkan hambanya kalu balik2 kna ujian dan nak hapuskan dosa2 kita.
moga2 kami semua berada dalam berkat dan maghfirah-Nya..Amin

Doa Hari ke 13 Puasa

"Ya Allah, bersihkan diriku daripada kekotoran dan kehinaan.
Berilah kesabaran kepadaku untuk menerima segala ketentuan.
Berilah kemampuan kepadaku untuk bertaqwa dan bergaul dengan orang baik,
dengan bantuan-Mu Wahai Pengharap orang yang miskin"

Doa Hari ke 12 Puasa

"Ya Allah, hiasilah diriku dengan penutup dan kesucian.
Tutuplah diriku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan.
Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan.
Amankan diriku daripada setiap perkara yang aku takut dengan penjagaan-Mu ,
Wahai Penjaga orang yang takut"

Doa Hari ke 11 Puasa

"Ya Allah, tanamkan dalam diriku kecintaan untuk melakukan kebaikan
dan
kebencian dalam melakukan maksiat serta perkara fasik.
Ya Allah, jauhkan daripada kemurkaan-Mu dan seksaan api neraka dengan pertolongan-Mu
Wahai Tuhan yang menolong orang yang memerlukan pertolongan"

Doa Hari ke 10 Puasa

"Ya Allah, jadikan aku antara orang yang bertawakkal kepada-mu
dan
jadikan aku dikalangan orang yang menang di sisi-Mu.
Ya Allah, jadikan aku dikalangan orang yang dekat di sisi-Mu
Dengan Ihsan-Mu Wahai tempat tuju orang yang memohon"

Saturday, September 5, 2009

sahabat lama...alang murni dan KisahKasihMama

salam ramadhan and weLcome my old friend Alang murni  cz sama2 menyertai rakan blogspot.
tahniah cz anda mampu buat dan sememangnya hebat.
nanti sama2 kita kongsi kisah keluarga kita, anak2 dan suka duka serta kenangan dulu2.

alang dan anak2nya irfan dan irsyad
SEMOGA KALIAN SEJAHTERA DAN DIRAHMATI ALLAH HENDAKNYA