Sunday, August 30, 2009

Jiwa merdeka

Salam buat semua..


hari ini adalah hari kemerdekaan negara kita Malaysia yang ke 52, dan kita telah menjalani ibadat puasa selama 9 hari.
umi dan seluruh warga generasi alaf baru mengucapkan selamat menyambut hari merdeka kepada seluruh rakyat malaysia 
Jangan kita sekadar melaungkan kalimah merdeka di bibir tetapi perlu merdeka iaitu bebaskan diri daripada segala anasir yang tidak baik.
ANAK2 MERDEKA
semoga kita menyambut merdeka ini dengan mengambil keberkatan bulan Ramadhan.

Doa Hari ke 8 Puasa

"Ya Allah, berilah aku rezeki
berupa kasih sayang kepada anak2 yatim,
 pemberi makanan,
penyebar salam dan bergaul dengan mulia,
dengan kemuliaan-Mu tempat berlindung orang yang berharap"

Doa Hari ke 9 Puasa

"Ya Allah, sediakan bagiku sebahagian daripada keluasan rahmat-Mu.
Berilah aku petunjuk dengan ajaran-Mu.
Bimbinglah aku menuju keredhaan-Mu yang penuh dengan kecintaan-Mu,
wahai harapan orang yang merindu"

Doa Hari ke 7 Puasa

"Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadat malamnya.
Jauhkan aku daripada dosanya.
Berilah aku zikir untuk mengingati-Mu secara berterusan, dengan taufiq-Mu
wahai Tuhan yang maha pemberi petunjuk kepada orang yang sesat"

Friday, August 28, 2009

Keluarga Pok Long Clee

Salam ramadhan ...
Ini keluarga Pak Long Clee dan anak2nya
Mereka adalah
ROSLI ZAKARIA & RUHAYATI
Anak2nya :
NUR SYAHIRAH HUSNA (1998)
NUR SYAFIQAH HANIM (2000)
NUR SYAZWINA HUDA (2002)


Dari kiri : syahirah. syazwina dan syafiqah



ha... ni la paklong dan maklong kami semua
MOGA KALIAN SIHAT SEJAHTERA DAN MENDAPAT BERKAT ALLAH

Puasa hari ke 3

Tanggal 4 Ramadhan 1430H (25/8/09)

MENU :
AIR TEBU
LAKSAM

LAMB CHOP


NASI KERABU


hari ni, kami tak masak ...cz abi pegi Kota Kinabalu, jadi singgah kat lok kawi beli ajer menunya...
ok!













Puasa hari ke2

Tanggal 2 Ramadhan 1430H (23/8/09),

MENU :

TOM YAM AYAM
KANGKUNG GORENG BELACAN
SAMBAL BELACAN
AIR SIRAP SELASIH
Semoga dapat berkat

Thursday, August 27, 2009

Doa Hari ke 5 Puasa

"Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang senantiasa memohon keampunan.
Jadikanlah aku hamba-Mu yang salih
serta
jadikanlah aku di kalangan auliya (orang yang mendapat keutamaan-Mu)
yang hampir di sisi-Mu dengan kelembutan-Mu,
wahai Tuhan yang Maha Pengasih daripada segala Pengasih"

Tuesday, August 25, 2009

first puasa

Salam buat semua...selamat berpuasa.
umi sebenarnya musim puasa ni masak seringkasnya sahaja.
Jadi ramadhan kali ni umi nak entry menu kami sekeluarga. insya Allah bermula menu hari pertama puasa hingga hari akhir.. tapi bukanlah bermakna perkara ni jadi keutamaan umi dalam bulan posa ni. sekadar suka2 je. kerna apa bulan ramadhan ini lebih baik kita banyakkan ibadat kepada-Nya.

MENU :

MASAK LEMAK IKAN KERAPU

AIR SOYA

SAMBAL BELACAN

ULAM- ULAMAN

Selamat menjamu selera

Hadiah daripada hubby


Salam semua..selamat berpuasa
sebelum puasa hari tu , hubby ada bagi umi spesel gift berupa minuman berasaskan kurma daripada anaedar. ha tula dia Qaseh Adinda
thanks bi

QASEH ADINDA
Jadi sambil hubby beli untuk umi , bersama pakej tu ada pasangannya,
kami sama2 amalkan jus Qaseh
QASEH KEKANDA
tak lupa untuk anak2 abi belikan mereka madu "Smart Kids"
juga kismis Al-Izzah yang kaya dengan khasiat untuk kuat ingatan
Terima kasih atas pemberian ini untuk umi dan anak2
we love you so much..

Doa Hari ke 4 Puasa

"Ya Allah berilah kekuatan
kepadaku untuk melaksanakan perintahMu
dan berilah aku kemanisan berzikir.
Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaanMu.
Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindunganMu,
wahai Tuhan Maha Melihat"

Syair Perahu

Wahai muda kenali dirimu,
ialah perahu tamsil tubuhmu,
tiadalah berapa lama hidupmu,
ke akhirat jua kekal diammu.
Hai muda arif-budiman,
hasilkan kemudi dengan
pedoman,
alat perahumu jua kerjakan,
itulah jalan membetuli insan.
Munkar wa Nakir bukan
kepalang,
suaranya merdu bertambah garang,
tongkatnya besar terlalu
panjang,
cabuknya tiada banyak
terbilang,
Kenali dirimu, hai anak dagang!
di balik papan tidur telentang,
kelam dan dingin bukan
kepalang,
dengan siapa lawan
berbincang?

Monday, August 24, 2009

Doa Hari ke 3 Puasa

"Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan
Sediakan bahagianku daripada kebaikan yang Kau turunkan demi kemurahan-Mu,
wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan"

Sunday, August 23, 2009

Doa Hari ke 2 puasa

" Ya Allah, dekatkan aku kepada keredhaan-Mu
dan
jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan-Mu.
Berilah aku kemampuan membaca ayat-Mu dengan rahmat-Mu wahai Tuhan Maha Pengasih "

Doa Hari Pertama puasa

"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang yang benar2 berpuasa.
Ibadah malamku, ibadah orang yan benar2 mengerjakan ibadat.
Jagalah aku dan jauhilah daripada orang yang lalai.
Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan Sekalian Alam dan ampunilah aku wahai Tuhan Maha Pengampun daripada segala dosa"

Monday, August 17, 2009

Buku yang perlu dimiliki

Salam buat semua..
Umi enty pasal buku yang mana sememangnya setiap orang atau setiap keluarga pada setiap rumah, pusat sumber dan sekolah .......seharusnya menjadi kewajipan untuk memilikinya untuk panduan hidup sejahtera di dunia dan akhirat. Sekurang2nya kita tahu apa yang kita tidak tahu dan yang tahu makin memahami.

Buku tersebut ialah :

(RM 57)

INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT
[ Modul Fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat]
Panduan Fardhu Ain Lengkap Bergambar

Oleh : Dato' Ustaz Ismail Kamus
Terbitan : Telaga Biru

KENAPA HARUS MILIKI ?????

Isi buku ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu Ain), seisi keluarga, masyarakat
dan umat sejagat (fardhu kifayah)

Ia juga merangkumi  :
  • syariat ketika kelahiran
  • fardhu ain kanak-kanak
  • penekanan pendidikan remaja
  • hukum-hakam muamalat(jual beli)
  • munakahat (perkahwinan dan rumah tangga)
  • amalan zikir
  • doa dan adab



MENARIKNYA....
  • Teknik peyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.
  • Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah.
  • Langkah dan amalan yang disampaikan adalah mengikut urutan (step-by-step)
  • Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik.
Bagi rakan2 dan sesiapa yang membaca hebahan ni dan berminat untuk memiliki buku tersebut boleh tinggalkan mesej kat blog umi (shaidah) terutamanya rakan guru kat Beaufort.
TERIMA KASIH



Semoga kita mendapat keberkatan Allah..

Sunday, August 16, 2009

Kursus Intensif Perubatan Islam

Salam buat semua..
Alhamdulillah, terlaksana jua apa yang dirancangkan setelah sekian lama.
Pada 15 hingga 16 Ogos 2009 bertempat di BORNEO GOLF HOTEL di Bongawan telah berlansung Kursus Intensif Perubatan Islam bersama Ustaz Dato' Ismail bun Kamus.

Abi bersama Dato' Ismail Kamus
Kursus ini dirasmikan oleh Haji Khairan b Untoh (PENGERUSI YAYASAN AMAL CAWANGAN SABAH)
Dato' menerima cendera kenangan daripada Pengerusi Yayasan Amal
Peserta seramai 28 orang yang terdiri daripada pelbagai sektor, ada yang guru, doktor, pelajar dan bekerja sendiri.
Siapa dia????
termasuklah umi dan abi yang menyertai kursus ini

Umi bersama 3 muslimat sahaja dan yang lain semuanya peserta lelaki

ini ibu2 taman inti subur..
Kehadiran kami dan peserta yang lain ke sana adalah untuk menuntut ilmu yang mana jarang2 diperolehi secara langsung.
Jadi.... apa jua ilmu yang diperolehi kat sana tak lain tak bukan untuk perkara lain tetapi adalah untuk keperluan diri sendiri, keluarga dan untuk masyarakat umumnya yang memerlukan.
Insya Allah
Kerana kita sedia maklum bahawa bidang ini merupakan salah daripada satu cabangfardhu kifayah di kalangan umat Islam

Dari kiri : Ustaz Zizi, Ust Ruslimi, Dato' Ismail Kamus, Ustaz Zamri dan Ustaz Maraslan
Peserta Kursus Intensif Perubatan Islam Beaufort 2009
abi bersama ustaz Zizi dan Dato' Ismail Kamus
sewaktu makan tengahari di Borneo Golf
ada juga sedikit jualan buku, kismis dan tamar
wajah Dato' Ismail Kamus
Apa yang penting.... dalam nak menguasai sebarang ilmu perlu kepada minat dan kesungguhan, barulah mudah untuk menguasai ilmu itu..

Insya Allah...ilmu yang diperolehi akan umi dan abi gunakan untuk meningkatkan pengetahuan terhadap diri, keluarga dan masyarakat ke arah yang lebih sempurna.
INSYA ALLAH

Saturday, August 15, 2009

Doa Untuk Menghindari Penyakit Merebak : H1N1

Salam semua...
Dalam kita mengambil langkah berjaga2 mencegah penyakit berjangkit (H1N1) dengan mengamalkan sepenuhnya peraturan dan pengamalan kesihatan, jangan lupa kita berdoa memohon kehadrat Allah agar dijauhkan dari wabak ini.

 
Ini kerana Allah menjelaskan bahawa "tidak Aku turunkan penyakit ini bersama ubatnya sekali" . Fahamilah hakikatnya bahawa setiap apa yang Allah turunkan penyakit  kepada kita sebenarnya ada ubat penyembuhan, mungkin untuk kali ini ianya belum dijumpai sepenuhnya, yakin lah ianya ada. Sama2lah kita berdoa agar seluruh manusia khususnya umat Islam dilindungi Allah daripada wabak dan ujian ini..Insya Allah.
Doa yang perlu kita amalkan ketika ini ialah :
Selain itu terdapat doa2 yang lain.
عن عثمان بن عفان رضي الله عنه قال: قالَ رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم:مَا مِنْ عَبْدٍ يَقُولُ في
ثَلاَثَ مَرّاتٍ إلَّا لم يضُرّهُ شَيْءٌ“.صَبَاحِ كُلّ يَوْمٍ وَمَسَاءِ كُلّ لَيْلَةٍ:
 
بِسْمِ الله الّذِي لا يَضُرّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرْضِ وَلا في السّمَاءِ وَهُوَ السّمِيعُ العَلِيمُ،
Diriwayatkan daripada Saidana Osman b Affan yang telah menceritakan bahawa Rasulullah ada bersabda,
“Tidak ada suatu yang akan memberi mudarat hamba yang berkata kalimah ini tiga kali pada setiap pagi dan petang”.
بِسْمِ الله الّذِي لا يَضُرّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرْضِ وَلا في السّمَاءِ وَهُوَ السّمِيعُ العَلِيمُ،
Dibaca tiga kali
Ertinya: Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat serta namaNya oleh sesuatu dibumi dan di langit dan Dia lah tuhan yang amat mendengar lagi amat mengetahui.
MOGA2 ALLAH MAKBULKAN DOA KITA..AMIN

Thursday, August 13, 2009

Al-Fatihah : Buat Ustaz Asri Rabbani yang kembali kerahmatullah..

Salam buat semua..
Innalillahiwainnailaihirajiun....
sebenarnya, sungguh tidak diduga dalam kita berhadapan dengan ujian Allah, wabak H1N1..
hari ini kita semua dikejutkan dengan satu lagi kematian hamba Allah yang memperjuangkan irama nasyid tanah air yang sememangnya kita semua mengenali beliau walau pun tidak melalui dekat tetapi melalui media cetak atau elektronik..
Beliau ialah USTAZ ASRI (Rabbani)..

Tinggal kenangan..Asri (dua dari kiri, bawah) ketika bersama anggota Rabbani yang lain pada dua hari lalu ketika majlis sidang media dan memeterai satu lagi perjanjian kerjasama bersama Hotel Singgahsana untuk terus membuat persembahan di hotel tersebut sepanjang bulan ramadan yang bakal tiba nanti. -foto The Star

Ceritanya...umi kebetulan pulang dari sekolah tadi, singgah kat Tabung Haji Beaufort untuk urusan keluar masuk duit, sambil mengemaskan barangan untuk keluar daripada kaunter , terdengan pembaca berita RTM 1 mengumumkan bahawa baru saja ust si sahkan meninggal duni kerana serangan jantung.

Jadi marilah semua kita rakyat Malaysia yang beraga Islam, sama2 menyedekahkan ALFATIHAH untuk beliau. Semoga rohnya aman di sana..

Doakan agar apa jua yang arwah lakukan untuk menyebarkan dakwah melalui irama nasyid akan diteruskan oleh mereka yang lain...insya Allah.
untuk ahli keluarga beliau, semoga tabah menghadapi ujian yang diberikan Allah.
Ingatlah kita yang masih hidup... "setiap yang bernyawa pasti akan mati."

untuk keterangan lanjut layari :
http://1-malaysia.blogspot.com/2009/08/al-fatihah-ustaz-asri-rabbani-pulang-ke.html

Mengenangkan hal ini... ingatlah kat mana2 kita berada maut akan datang menjemput kita bila masa telah tiba..
Perbanyakkan amalan sebagai bekalan untuk kita hidup bahagia di "sana " nanti..PERGI TAK KEMBALI


lirik ini mengingatkan kita pada ARWAH USTAZ ASRI dan kematiann yang bakal kita hadapi..
PERGI TAK KEMBALI...
Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang…kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi



banyakkan baca al-quran dan zikrullah
ok jumpa lagi..

Tuesday, August 11, 2009

Tahniah Cik Dee dapat Master...

Salam semua...
Hari ni hari gembira buat anak2 generasi warisan alaf baru cz pakcik kami cik Dee selamat berkonvokesyen kat UPM.

Buat Cik Dee

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

TAHNIAH
CONGRATULATION
TAHNIAH
CONGRATULATION
TAHNIAH
TAHNIAH
TAHNIAH
TAHNIAH
TAHNIAH

kami sekeluarga ucapkan tahniah di atas penganugerahan
Ijazah Sarjana Bahasa Melayu
kepada
ROSDI ZAKARIA
(GP : 3.875)
pada hari Selasa (11/8/2009)
semoga segulung ijazah yang diperolehi menjadi pendorong untuk sambung PhD dan bergelar
suatu masa nanti. insya Allah (....moga2 terkabul hajat kami....amin...)

Betapa bangganya arwah mek dapat anak yang tidak jemu2 menuntut ilmu kerna itulah harapan arwah sepanjang hayatnya agar anak2 yang dilahirkan cemerlang di dunia dan akhirat. tapi sayang arwah tak sempat menikmati saat manis ini bersama2 kita. tak pa lah moga arwah tenang dan gembira di sana dan melihat kegembiraan kita dari kejauhan tapi dekat dalam hati kita semua.

SAKSIKAN DETIK2 KEGEMBIRAAN CIK DEE TRIMA IJAZAH YANG KAMI SEMPAT RAKAMKAN ..

Dalam rakaman ni cik Dee adalah penerima Master Bahasa Melayu yang paling akhir sekali.

Jadi, satu kebanggaan buat kami mendapat pakcik yang gigih berjuang demi ilmu pengetahuan walaupun apa jua rintangan melanda...kami respect you. doakan kami juga ikut jejak kamu nanti...
justeru itu, untuk abi...sekiranya nak sambung master dalam mana2 bidang sekalupun. Umi dan anak2 dengan sepenuh jiwa raga menyokong abi 100%. itu doa kami... bukan apa cuma, seringkali jugak abi kata nak sambung...tapi?????? ntah lah..macam2 kna fikirkan... macamana cik Dee???
well, kami kat sni x dapat bagi special gift, just to say... happy and happy always..
ok jumpa lagi.

Sunday, August 9, 2009

Teringin makan durian...


Salam ...
tetiba jer umi terasa nak makan raja segala buah.. yelah duk 6 tahun kat Sabah ni, tak dapat makan puas2 buah doyan yang mana kalu kat kg tiada harga sudah. murah sangat. sampai merata2 tempat jual doyan. jadik kalu terrrrrrlampau banyak , yang bagus pun jadi tempoyak dan lempuk doyan... wah itu besh sangat2 tu..
beshnya... kalau la macam tu...
kalu dapat makan seperti ni...seronok

ingat kat arwah chik yang gemak seangat wah doyan

tapi kat sini.....mak oiiii...mahalnya ..ada yang sampai RM 1o-20 sekilo.
tapi wat kerna nak makan jugak umi suh abi beli la.. yang pasti bukan umi ngidam sesangat sbb ada '"something happen" tapi sesaje nak makan. mahal pun mahal lerrr, pejam mata skali turun.

nak tahu, kat sabah ni, dia orang kat sni lbh gemar doyan yang isinya warna merah... yang isinya kuning tu kureng sikit. ada jugak yang minat. tapi jarang2.


ha... nila dia doyan merah yang ore sabah suke tu... korang pernah makan ker???

walau duk sni nak masuk 10 tahun pun ...doyan isi kuning tetap menjadi idaman citarasa umi..hee.heee..

ok la... merapu pulak..innsyaAllah before fasting month ni, umi cuba rekomenkan abi suh beli doyan.. sekurang2nya tercapai hajat di hati

doyan..oooo doyan...kaulah raja segala buahaan..
best nyerrr kalu dapat balik kampung ku nun di sana...alahai umi ... sabar aje lah ....